Tugasan 8 : Laporan Kajian Lapangan di Seremban, Negeri
Sembilan.
Ahli Kumpulan :
Wilson
Lanyau A141225
Muhd Faiq
bin Mazlan A141559
Aida Fathiah
binti Ahmad Feisal A141142
Nurhikmah
binti Abdullah Sani A141765
1.0 Pengenalan
Bandar Seremban muncul seperti
bandar-bandar lain di negara ini iaitu sekitar tahun 1870-an. Deretan kedai di
sepanjang Jalan Murray ( Jalan Kapitan Tam Yeong ), Jalan Pasar dan jalan-jalan
utama seperti di Jalan Paul ( Jalan Yam Tuan ) dan Jalan Birch ( Jalan Dato’
Bandar Tunggal ) yang mana semua nama-nama jalan ini mengambil sempena nama
Residen-residen British ketika itu. Seremban pada awalnya dikenali sebagai
Sungai Ujong dipercayai mendapat namanya dari permainan tradisional ”Sarimban”
yakni sejenis permainan yang menggunakan batu-batu kecil dan amat diminati oleh
kaum Cina untuk dimainkan pada waktu lapang berhampiran dengan Stesen Keretapi
Seremban.
Pada 12 Disember 2012, kami ditugaskan melakukan kerja lapangan di kawasan
Seremban, Negeri Sembilan. Terdapat tiga tugasan yang perlu dilaksanakan iaitu
tugasan pertama ialah mengenalpasti nod, laluan, mercutanda, pinggiran dan
sempadan. Tugasan kedua ialah menemubual pemilik premis di sekitar kawasan
Seremban dan mengenalpasti senibina banggunan yang terdapat sekitar Seremban.
Sepanjang perjalanan kami menaiki KTM dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
ke Seremban, kami melalui banyak nod atau hentian. Setibanya di Seremban,
terdapat pelbagai laluan dan kami menemui mercutanda pekan Seremban di samping
mengenalpasti pinggiran dan sempadan.
Tugasan yang kedua pula ialah menemubual pemilik premis di sekitar Jalan Tunku
Hassan dan Jalan Dato’ Bandar Tunggal di Seremban. Kami mengajukan beberapa
soalan kepada peniaga di kawasan tersebut. Seterusnya mengenalpasti bentuk dan
senibina banggunan di sekitar kawasan kajian bagi memenuhi tugasan kerja
lapangan kami.
Kerja lapangan ini mengambil masa selama 3 jam iaitu bermula pada jam 11 pagi
sehingga 2 petang. Laporan yang disediakan ini merupakan hasil kerja lapangan
kami dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif melalui
pemerhatian dan tindak balas dari penduduk setempat di kawasan kajian sekitar
Seremban.
2.0 Nod,
Laluan, Mercutanda, Gerbang dan Sempadan.
Dalam kajian lapangan kami di
Seremban,Negeri Sembilan. Kami telah diberikan tugasan untuk mengenal pasti
beberapa perkara penting bagi menyiapkan analisis kuantitatif. Tugasan satu ini
kami perlu mengenal pasti beberapa element. Elemen ini dipetik daripada sebuah
buku bertajuk The Image Of The City penulisan Kevin Lynch(1960) iaitu nod (hentian),
laluan, mercutanda, gerbang dan sempadan.
2.1 Nod
Nod merupakan titik pertemuan atau
titik perhentian dalam sesebuah perjalanan dan ruang yang dilalui kami semasa
menuju ke kawasan kajian kami. Nod ini merupakan sebahagian kawasan yang
penting bagi menuju ke sesuatu kawasan. Kebiasaannya setiap kawasan nod ini
mempunyai tanda yang jelas dan maklumat yang tepat mengenai sesebuah
perjalanan. Hal ini kerana, untuk menuju ke satu destinasi, mereka perlu
melalui beberapa destinasi yang lain dahulu sehinggalah mereka sampai ke
destinasi yang ingin dikunjungi tersebut. Nod ini boleh didapati
berbentuk papan tanda dan persimpangan jalan yang mengandungi nama
setiap kawasan. Contoh kawasan nod kami terpaksa lalui untuk ke Seremban iaitu
bermula di UKM, kami terus ke Stesen Kereta Api UKM, seterusnya kami menuju ke
kawasan Bangi, terus ke Batang Benar, terus menuju ke Nilai, Labu, Tiroi dan
Stesen Kereta Api Seremban.
2.2 Laluan
Laluan merupakan laluan yang dilalui
oleh semua orang dalam sesebuah bandar, antaranya terdapat laluan utama, laluan
umun, laluan peribadi, laluan terhad, laluan tersembunyi dan laluan bahaya.
Setiap laluan ini mempunyai nama yang tersendiri dan mempunyai sejarah yang
tersendiri. Untuk menuju ke sesuatu destinasi, seseorang itu perlulah
mengetahui laluan manakah yang perlu dilaluinya. Selain itu, laluan ini juga
terdapat beberapa jalan alternatif untuk ke sesebuah tempat apabila laluan
utama tersebut sesak, maka di sini wujud apabila pengguna boleh menggunakan
beberapa laluan alternatif bagi mengelak dari kesesakan lalu lintas atau
sebagai jalan pintas. laluan ini boleh diketegorikan sebagai sebuah jalan
berturap, jalan berpasir, jalan bertanah liat dan jalan berbatu. Contoh
jalan yang dilalui kami semasa melaksanakan kerja lapangan iaitu Jalan Tungku
Hassan, Jalan Dato’ Bandar Tunggal dan lain-lain. Mengikut Lynch, laluan
merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah bandar kerana laluan ini
dapat menghidupkan sesebuah bandar.
2.3 Mercutanda
Mercutanda merupakan penanda sesebuah
tempat. Bagi melihat kewujudan sesebuah tempat, mercutanda ini
memainkan peranan yang penting bagi memberikan gambaran kepada semua orang
tentang sesebuah kawasan tersebut. Mercutanda ini biasanya merupakan sebahagian
dari tanda sejarah yang berlaku di kawasan tersebut. Contohnya kawasan Taman Tasik,
gunung kecil, menara tinggi, bangunan bersejarah, binaan yang pelik, tugu dan
lain-lain. Oleh sebab itu, mercutanda ini berfungsi untuk mengembalikan
nostagia kepada semua orang tentang kisah yang berlaku di sesebuah kawasan
tersebut. Penjunjung mudah untuk mengingati sesebuah tempat apabila
hanya melihat mercutanda sahaja, hal ini kerana mercutanda ini merupakan
sesuatu yang simbolik dan hanya ada satu jenis bentuk sahaja di dunia ini. oleh
itu, setiap mercutanda ada keistimewaan yang tersendiri. Antara mercutanda yang
dapat kami kumpulkan di Seremban iaitu Bangunan Wisma Negeri, Stesen Kereta Api
Seremban
2.4 Gerbang
Gerbang merupakan simbol utama bagi
memasuki sesebuah kawasan. Pintu gerbang ini biasanya berada di permulaan
laluan untuk memasuki sesuatu sempadan kampung, daerah dan negeri. Pintu gerbang
ini melambangkan kemegahan sesuatu kawasan, hal ini demikian kerana fungsi pintu gerbang
ini kebiasaannya bagi menunjukkan simbol sebagai penyambut tetamu kepada yang berkunjung ke
sesuatu tempat tersebut. Contohnya “selamat datang”. Hal ini menunjukkan bahawa
sesuatu tempat tersebut mengalu-alukan kedatangan pengunjung hadir ke sesebuah
kawasan tersebut. Selain itu, pintu gerbang ini juga memperlihatkan
kemegahan sesebuah kawasan, hal ini kerana setiap pintu gerbang tersebut akan
dibina berdasarkan corak tradisional tempatan atau corak pembangunan
sekarang.
2.5 Sempadan
Sempadan bermaksud kawasan yang
membezakan antara kawasan lain. Sesuatu kawasan yang telah terpisah menjadi dua
kawasan yang berbeza, nama tempat dan diperintah oleh orang yang berlainan di
setiap kawasan. Sempadan ini boleh terjadi apabila wujudnya sungai, jalan,
daerah, wilayah dan negeri yang terpisah antara sesuatu kawasan yang lain.
selain itu. Sempadan juga wujud apabila terdapat jalan yang memisahkan
antara setiap bangunan, jalan kereta api yang memisahkan daratan sebelah kiri
dan kanan.
Lampiran
Nod
Laluan
Mercutanda
Gerbang
Sempadan/Wilayah
3.0 Kawasan
Kajian
Berdasarkan kajian lapangan yang bertempat di Seremban,Negeri Sembilan, kami ditugaskan untuk menemubual peniaga yang ada di sekitar kawasan jalan yang terdapat di sekitar Seremban. Semasa temubual dijalankan,beberapa soalan telah kami kemukakan kepada peniaga.Antara soalan-soalan yang telah kami ajukan kepada peniaga adalah nama kedai, jenis barangan yang dijual, nama pemilik kedai, tahun kedai tersebut mula dibuka atau beroperasi dan sebab peniaga memilih lokasi tersebut sebagai tempat untuk memulakan perniagaan mereka.
Dalam menjalankan tugasan ini, didapati bahawa terdapat
pelbagai jenis perniagaan dan juga perkhidmatan yang diusahakan oleh penduduk
setempat terutamanya di sekitar Jalan Tunku Hassan. Antara perniagaan tersebut
ialah seperti kedai makan dan minum, kedai menjual barangan runcit, kedai gambar, kedai
gunting rambut, kedai barangan am,kedai barangan keagamaan dan sebagainya. Selain
itu, terdapat pelbagai perkhidmatan turut disediakan di sekitar kawasan Jalan
Tunku Hassan, Seremban yang meliputi perkhidmatan perhotelan, klinik kesihatan
dan persendirian untuk masyarakat setempat, perkhidmatan penguam bela dan
penguam cara dalam konteks perkhidmatan berbentuk perundangan, institusi
pendidikan, institusi kewangan dan pelaburan yang diwujudkan untuk kegunaan
masyarakat setempat di sekitar Seremban. Berikut merupakan senarai contoh
perniagaan perkhidmatan atau kedai yang terdapat di sekitar Jalan Tunku Hassan
di Seremban:
Sepanjang kajian lapangan ini dijalankan,terdapat beberapa
buah kedai yang dimiliki oleh peniaga di sekitar Jalan Tunku Hassan,Seremban
telah berjaya kami temubual bagi mendapatkan beberapa maklumat berkenaan dengan
kedai yang dimiliki tersebut. Antaranya adalah kedai yang mengusahakan perniagaan
gedung perhiasan. Perniagaan ini digelar sebagai “Kedai Haji Yusuf Gedung
Perhiasan” dan dimiliki oleh Mustafa Atin yang merupakan generasi yang ketiga
dalam perusahaan gedung perhiasaan ini. Jenis barangan yang dijual ialah seperti
karpet, tikar dan sebagainya. Encik Mustafa menyatakan bahawa perniagaan gedung
perhiasan ini merupakan yang terawal yang wujud di sekitar bandar Seremban iaitu
pada sekitar tahun 1920-an.
Seterusnya, kedai yang kedua ialah “Restoran Amma”s Curry
House”. Perniagaan ini dimiliki oleh Encik Ganesan dan keluarga dan baru sahaja
dibuka kira-kira 6 bulan yang lepas.Antara makanan yang disajikan di Restoran
ini ialah makanan India dan juga makanan-makanan yang lain yang memberi
pelbagai pilihan kepada pengunjung yang datang ke restoran beliau.
Selain itu, “Kedai Vsara Silk Centre”. Kedai ini merupakan
sebuah kedai yang menjual barangan runcit bagi kegunaan harian.Perniagaan
barangan runcit ini dimiliki oleh Encik Raja dan mula beroperasi pada sekitar
awal tahun 2010. Beliau memilih lokasi di sekitar Jalan Tunku Hassan ini kerana
terdapat banyak kedai yang menawarkan perkhidmatan berlainan dan beliau
merasakan akan mendapat manfaat yang sama daripada aktiviti perniagaan yang
bergerak secara aktif di kawasan tersebut.
Selain itu , kami juga telah menemubual seorang pemilik
kedai yang menjalankan perniagaan menjual “sari”. Kedai ini dikenali dengan
nama “Butik Roopkala” dan dimiliki oleh Encik Sega a/l Andiappan. Butik Roopkala
telah mula beroperasi pada tahun 1999 dan telah menjangkau usia sekitar 12 tahun. Encik
Sega memberitahu bahawa butiknya selalu menjadi tumpuan masyarakat setempat
terutamanya dalam kalangan masyarakat India dan mendapat sambutan hangat ketika
menjelang perayaan Deevapali.
Pada masa yang sama, terdapat sebuah kedai emas telah berjaya
kami temubual pemiliknya yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Tang. Nama kedai
emas ini ialah “Kedai Emas Permata De Nice” dan mula dibuka pada tahun 2001 yang
lepas serta mendapat sambutan yang mengalakkan daripada kalangan masyarakat
setempat dan pengunjung luar yang datang ke Seremban.
Akhir sekali, kedai yang menjual peralatan sukan dan kasut. Kedai
ini dimiliki oleh Encik Wong sekeluarga dan telah beroperasi sekian lama iaitu
bermula pada tahun 1982. Kedai ini dikenali dengan nama “Kwong Thye” dan
merupakan sebuah kedai yang kelihatan agak lama tetapi masih mendapat sambutan
yang baik daripada masyarakat yang datang ke kedai tersebut. Kebanyakkan
barangan yang terdapat di kedai ini merupakan barangan sukan dan kasut yang
terpakai dan dijual pada harga yang berpatutan.
LAMPIRAN GAMBAR-GAMBAR KEDAI PERNIAGAAN DI SEREMBAN
Gambar
1 : Kedai Haji Yusuf GEDUNG PERHIASAN
Gambar 2 : Restoran Amma”s Curry House
Gambar
3 : Kedai V SARA SILK CENTRE
Gambar
4 : Butik Roopkala Collection (Sari)
Gambar
5 : Kedai Emas Permata De Nice
Gambar 6 : Kedai Sukan dan Kasut Kwong Thye
4.0 Seni Bina
Bangunan
Struktur-struktur
Bangunan Yang Terdapat di Sepanjang Laluan Jalan Tunku Hassan, Seremban.
Berdasarkan
kajian lapangan yang kami lakukan sepanjang tempoh 2-3 jam berada di Bandar
Seremban, Negeri Sembilan,pelbagai jenis bentuk dan struktur bangunan yang
telah kami temui. Selain itu, corak seni bina yang digunakan juga mempunyai
perbezaan antara satu sama lain. Terdapat juga bangunan-bangunan yang dibina
pada zaman dahulu yang masih kukuh sehingga ke hari ini. Namun malang sekali
apabila terdapat bangunan-bangunan lama yang tidak dijaga dan
dipertahankan nilai-nilai warisannya supaya dapat dikekalkan.
Struktur
dan seni bina bangunan institusi kewangan dan sistem perbankan:
Bangunan
kedai yang dibina pada tahun 1915:
Bangunan
kedai yang dibina pada tahun 1920:
Bangunan kedai yang dibina pada tahun 1919 dan 1920:
Kepelbagaian
dan keunikan seni bina bangunan yang terdapat di sepanjang Jalan Tunku Hassan,
Seremban:
Seremban
yang dikenali sebagai sebuah Bandar kolonial asalnya, merupakan sebuah kawasan
kecil atau pekan kecil yang kini telah berkembang menjadi sebuah bandaraya
setelah digabungkan dengan Bandar Nilai.
Berdasarkan
pemerhatian yang dilakukan sepanjang kerja lapangan ini, didapati bahawa
kebanyakan bangunan di sekitar Jalan Tunku Hassan ini adalah merupakan bangunan
lama yang masih utuh walaupun telah dibina kira-kira 90 tahun yang lalu.
Bangunan-bangunan yang terdapat di kawasan itu juga merupakan yang terawal
dibina ketika wujudnya penempatan di sekitar kawasan terbabit.
5.0 Kesimpulan
Berdasarkan pemerhatian kami, kebanyakkan pemilik premis
di sekitar kawasan kajian ini ialah kaum India dan majoritinya menjual
barang-barang perhiasan, perkahwinan dan makanan India. Selain itu, terdapat
juga beberapa buah pejabat peguambela & peguamcara yang berada di sekitar
jalan ini. Pemilik pejabat ini ada di antaranya kaum Melayu dan kaum Cina.
Tambahan pula, antara sebab pemilik kedai memilih kawasan tersebut
sebagai kawasan perniagaan adalah disebabkan oleh kawasan tersebut merupakan
banggunan kedai yang terawal dibina di sekitar Seremban, manakala senibina
banggunan ini juga klasik dan ada yang dibina pada tahun 1919, 1920 dan 1966.
Sesungguhnya,bandar Seremban merupakan sebuah bandar yang
mempunyai keunikannya yang tersendiri.Kepelbagaian jenis bangunan yang menarik
dan kehidupan masyarakat yang memenuhi ruang persekitaran tersebut dengan
pelbagai aktiviti seperti perniagaan,institusi perkhidmatan dan lain-lain telah
berupaya membentuk satu imej yang menyeluruh bagi mengambarkan bandar Seremban
secara keseluruhannya .
No comments:
Post a Comment