Berdasarkan
transkripsi verbatim yang telah dibuat, terdapat beberapa tahun yang disebut
oleh responden iaitu tahun 1972 dan sekitar tahun 1974. Hal ini dapat
menunjukkan bahawa perkara atau pengalaman yang diceritakan sudah berlalu kira-kira 40 tahun. Berasaskan penceritaan tersebut juga, dapat dilihat
bahawa kehidupan responden dan masyarakat ketika itu jauh sekali berbeza dengan kehidupan
masyarakat hari ini. Responden terpaksa mengharungi hidup tanpa kemudahan yang
lengkap. Pelbagai kesusahan yang
terpaksa dilalui dari segi pengangkutan, jarak rumah dan kedai, jarak ke
sekolah dan ancaman pelbagai binatang di sekitar kampung. Oleh itu, berpaksikan
tahun 1972, 1974 dan sekitar tahunn 70-an pelbagai peristiwa dan perkara telah
berlaku sama ada di peringkat tempatan mahupun dunia.
Tahun 1972
:
Ø Malaysia
menemukan petroleum – luar pesisir tetapi masih dalam zon ekonomi Terengganu.
Ada pihak yang mengatakan bahawa petroleum sebenarnya dijumpai sebelum 1972
lagi. Tetapi kerajaan merahsiakannya kerana pada masa itu, Terengganu berada di
bawah penguasaan pembangkang. Kerajaan persekutuan tahu bahawa disebabkan
petroleum adalah sumber kerajaan negeri, maka Terengganu akan mendapat manfaat
darinya, sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian Persekutuan.
Tahun 1974
:
Ø Dalam
masa negara menghadapi krisis 13 Mei 1969 beliau mengepalai kerajaan MAGERAN
yang berjaya mereda keadaan. Tun Razak telah menamatkan Konfrontasi dengan
memeterai Perjanjian Persahabatan dengan Indonesia. Tun Razak juga membuka
lembaran baru hubungan Malaysia dengan negara China pada tahun 1974.
Ø Pada
tahun 1957, Tun Tan Siew Sin telah dilantik menjadi Menteri Perdagangan dan
Perindustrian (1957-1959) . Pelantikannya sebagai Menteri Kabinet juga
menyebabkan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin MCA mula menghormati dan
mengiktirafnya dengan jawatan-jawatan lebih penting dalam parti MCA. Ketika
menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Tun Tan Siew Sin memulakan usaha
ke arah ekonomi yang pelbagai dan lebih terbuka. Untuk mencapai haluan ekonomi tersebut,
sektor ekonomi dan perkhidmatan telah dimajukan di samping meningkatkan sektor
pertanian. Kemudian beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan selama 15 tahun
bermula tahun 1959 sehingga 1974. Sebagai Menteri Kewangan, beliau telah
memimpin Perwakilan Malaysia dalam mesyuarat tahunan Bank Dunia dan Tabung
Kewangan Antarabangsa. Beliau juga menjadi Pengerusi bagi Suruhanjaya Kajian
Semula Pilihanraya bagi Seychelles dan orang luar pertama dalam sejarah British
yang menjadi pengerusi suruhanjaya perlembagaan. Tan Siew Sin adalah
Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel daripada 1970 hingga 1971. Bila Tun Tan
Cheng Lock meninggal dunia pada tahun 1960, beliau telah dilantik sebagai
Presiden MCA. Beliau bersara sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1974 atas sebab
kesihatan yang serius.
Sekitar tahun 1970-an
:
Ø Kecenderungan
dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan membolehkan Tun Dr. Mahathir
dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama tahun 1968,
Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972, Member Of the
University Court and University of Malaya Council serta Chairman of the
National University Council pada tahun 1974. Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai
Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan jawatan ini untuk membolehkannya
bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang mana beliau menang tanpa
bertanding. Berikutan daripada pilihanraya itu, Tun Dr. Mahathir dilantik
sebagai Menteri Pelajaran. Sebagai Menteri Pelajaran, langkah pertama dalam
perancangan beliau adalah mengubah polisi pendidikan negara supaya ianya menggambarkan
usaha-usaha ke arah menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadilan untuk semua
dan memastikan semua individu diberi peluang membaiki taraf hidup mereka.
Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran, beliau memberi peluang yang lebih kepada
anak Melayu melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mengubah kuota
kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-pusat tersebut, mengadakan
biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Beliau juga
bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 yang
ditentang oleh ahli akademik dan mereka yang terlibat dengan pendidikan.
Sebagai seorang yang berdisplin dan tegas beliau berjaya melenyapkan kritikan
terhadap polisi-polisi pendidikan. Kini semua pusat pengajian tinggi diuruskan
di bawah Kementerian Pendidikan.
Ø Kemenangan
Tun Dr. Mahathir di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan
Agung UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tahun 1975 telah menyumbang
kepada kejayaan politik beliau. Pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan
Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Tun Dr. Mahathir
telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55
tahun. Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Tun Dr. Mahathir berpindah ke
Kementerian Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Beliau juga adalah
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus
menggalakkan perdagangan dan pelaburan asing. Kemenangan Tun Dr. Mahathir dalam
pilihanraya umum tahun 1978 telah membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di
dalam kabinet dan parti Tun Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan
Malaysia" atas perjuangannya yang tidak mengenal lelah untuk memartabatkan
Malaysia ke arah Wawasan 2020 dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang
jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober
2003 iaitu selama 22 tahun.
Ø Za'ba
mempunyai otak yang bergeliga dan minat pelbagai.Beliau memiliki bakat dalam
penulisan dan adalah seorang pemikir dan pengemar membaca. Beliau pengarang
prolifik sejak usia 19 tahun. Kebanyakan penulisannya muncul dalam
akhbar-akhbar tempatan dan majalah-majalah seperti di Utusan Melayu; Lembaga
Melayu; Pangasuh dan Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa
monographic siri dalam Bahasa Melayu termasuk Bahasa Pelita popular Malay dan
Malay Elmu Mengarang. Orang cuma mengaitkan jasa Za'ba dengan ilmu bahasa dan
persuratan Melayu. Tetapi sumbangannya juga besar dalam meniup pembaharuan
sikap dan pengertian dalam Islam.Di samping itu sumbangannya dalam politik
tidak juga harus dilupakan. Beliau antara aktivis dan pemikir yang menghimpun
pertubuhan-pertubuhan Melayu pada tahun 1946 di Kuala Lumpur untuk bersatu
menubuhkan UMNO dan memperjuang kepentingan orang Melayu yang lebih adil.Beliau
amat kena pada tempatnya diberi gelaran patriot dan pendeta. Za'ba yang
meninggal dunia pada 1973 dan merupakan salah satu budak lelaki kampung yang
berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang yang terkemuka muncul dalam sejarah
Malaysia.
Ø Dalam
bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu
memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin
Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari
menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di
kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa
ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26
Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang
Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya
mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengistiharan ini telah mengemparkan
orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk
menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah
ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah
disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam
diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah empat hari
selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kialu meninggal
dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun. Beliau
tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih
lanjut.
Ø V.T
Sambanthan tidak hanya memajukan masyarakat India yang kurang berpendidikan
tetapi lebih global terutama ketika menjawat jawatan Menteri Kesihatan. Beliau
telah meletakkan jawatan Presiden Kongres India pada tahun 1973 dan Menteri
Perpaduan Negara pada tahun 1974 kerana faktor usia. Tun V.T. Sambanthan telah
meninggal dunia pada 18 Mei 1979 akibat diserang penyakit jantung. Bagi
mengenang jasa beliau kepada negara, nama beliau telah diabadikan kepada
sebatang jalan raya di Brickfield, Kuala Lumpur.
Ø Di
Kota Kinabalu, bilangan rumah setinggan telah mengalami pertambahan sejak ia
mula dilaporkan sebelum tahun 1970-an lagi (Jalihah, 2004). Terdapat dua tahap perkembangan
kawasan setinggan di Kota Kinabalu. Pertama peringkat awal berlaku sebelum
1970-an yang melibatkan setinggan tempatan. Tahap kedua iaitu selepas tahun
1970-an memperlihatkan kemunculan setinggan asing secara berleluasa. Punca
kepada masalah disebabkan oleh penghijrahan golongan belia tempatan luar bandar
ke bandar dan bertambahnya kemasukan pelarian dari Filipina (Dayu, 1981:142).
Ø Sejarah
Pergerakan Nilai Mata wang Dunia.
Sejak
tahun 1833 lagi manusia telah menggunakan mata wang yang berasaskan emas dalam
transaksi harian mereka sehingga pada tahun 1973. Sejarah telah menunjukkan
bahawa sistem emas pernah mendominasi kewangan dunia dalam tempoh yang agak
lama. Sepanjang tempoh tersebut pergerakan nilai emas adalah kecil dan lebih
stabil. Isu ketidakstabilan nilai mata wang timbul apabila sistem kewangan
dunia tidak lagi menggunakan piawaian
atau sandaran emas bermula tahun 1973 iaitu setelah Presiden Amerika Syarikat,
Richard Nixon1 memutuskan hubungan emas dengan wang kertas. Sejak dari itu
sehingga sekarang system kewangan dunia menggunakan sistem mata wang terapung.
Mata wang tanpa sandaran akan mudah dispekulasi dan dimanipulasi oleh
kuasakuasa besar seperti Amerika Syarikat. Data kestabilan pergerakan nilai
emas dapat dilihat melalui tinjauan sejarah empat zaman utama iaitu bermula
dengan zaman sebelum Perang Dunia Pertama (World War I) yang dikenali
sebagai zaman Calassical Gold Standard (1821-1914), zaman Gold
Exchange Standard (1925-1931), zaman Bretton Wood System (1946-1971)
dan zaman mata wang apungan (1973- sekarang). Data sejarah ini menunjukkan
pergerakan nilai emas adalah lebih stabil jika dibandingkan dengan pergerakan
mata wang fiat.
Ø Zaman
Mata Wang Apungan (1973-2009).
Sistem
Bretton Woods telah berjalan dengan baik sehingga pada tahun 1971
apabila Amerika Syarikat mengalami defisit dalam imbangan pembayarannya akibat
percetakan dolar yang berlebihan daripada rizab emas. Kemusnahan sistem tukaran
tetap melambangkan manifestasi Amerika Syarikat mengekang defisit imbangan
pembayarannya yang semakin besar. Ketidakseimbangan tuntutan bayaran dengan
simpanan emas yang ada menyebabkan Amerika Syarikat mengalami kemerosotan besar
dalam rizab emasnya, iaitu daripada sebanyak AS$18.0 bilion pada tahun 1960
menjadi sebanyak AS$11.0 bilion pada tahun 1970. Jumlah ini akan menjadi lebih
besar sekiranya dimasukkan segala tuntutan jangka pendek yang perlu dilunaskan
oleh Amerika Syarikat. Oleh yang demikian, tidak hairanlah apabila semakin
banyak negara yang meragui bahawa nilai pariti emas dolar Amerika Syarikat
seperti yang ditetapkan pada awal sistem Bretton Woods tidak dapat
dipertahankan (Mohidin 1994). Pada 18 Disember 1971, negara-negara industri
utama yang terdiri daripada kumpulan 10 iaitu Belgium, Kanada, Prancis, Jerman,
Itali, Amerika Syarikat, Jepun, Belanda, Sweden dan United Kingdom (Chacholiades
1973) telah bersetuju membuat satu perjanjian yang dinamakan Perjanjian Smithsonian
bagi meredakan sementara keadaan di pasaran tukaran asing. Melalui
perjanjian tersebut, Amerika Syarikat bersetuju menurunkan nilai dolar dengan
syarat Jerman, Jepun dan Prancis bersetuju untuk menaikkan nilai mata wang
masing-masing. Amerika Syarikat bersetuju menaikkan nilai emas daripada AS$35 seauns
kepada AS$38 seauns yang mana sama dengan penurunan dolar AS sebanyak 7.9%.
Dengan perkembangan terakhir, dolar AS ternyata tidak berupaya menjadi mata
wang rizab tunggal bagi seluruh dunia walaupun ia masih mengekalkan statusnya
sebagai mata wang antarabangsa. Oleh itu, negara Eropah seperti Jerman, Itali
dan Prancis telah memutuskan untuk mengapungkan mata wang masing-masing di pasaran
tukaran mata wang asing (Mohidin 1994). Bulan Februari pada tahun 1973,
penurunan nilai terpaksa dilakukan sekali lagi sebanyak 10%, tetapi keadaan
tidak berubah dan akhirnya pada bulan Mac 1973, pasaran tukaran asing terpaksa
ditutup untuk beberapa minggu apabila keadaan tidak dapat dikawal. Apabila ia
dibuka kembali, kadar pertukaran dibenarkan terapung dan dengan sendirinya menamatkan
sistem Bretton Woods. Semenjak runtuhnya Perjanjian Bretton Woods,
sistem kewangan dunia telah digantikan dengan system mata wang apungan di mana
nilai mata wang sesebuah negara, dinilai pada mata wang negara lain. Kaedah ini
mengakibatkan ketidaktentuan turun naik nilai mata wang sekali gus memberi
peluang kepada spekulator mata wang mengaut keuntungan atas kerugian negara
lain. Richard Duncan (1994), dalam bukunya “The Dollar Crisis,” meramalkan
kemungkinan satu krisis ekonomi yang mungkin lebih buruk daripada ‘Great
Depression’ seandainya sistem kewangan sekarang diteruskan. Sistem kadar
pertukaran terapung dengan rasminya dibenarkan oleh satu perjanjian yang
dikenali sebagai Perjanjian Jamaica pada tahun 1976 dan pada masa yang
sama emas tidak lagi mempunyai nilai rasmi. Emas hanya dijual dan dibeli oleh
bank pusat pada harga pasaran. Sistem kadar pertukaran terapung beroperasi
apabila pihak berkuasa kewangan biasanya bank pusat sesebuah negara tidak dipertanggungjawabkan
untuk memastikan nilai pertukaran berada dalam satu had atau lingkungan yang
telah ditetapkan. Dengan kata lain, system kadar pertukaran ini sama ada naik
atau turun berdasarkan faktor-faktor penawaran dan permintaan terhadap sesuatu
mata wang dalam pasaran. Seperti juga barang komoditi, apabila sesuatu mata
wang melebihi penawaran di pasaran wang antarabangsa maka nilai mata wang tersebut
akan turun. Jadi, secara amnya sistem pertukaran terapung akan menjadi lebih
mudah berubah daripada sistem kadar pertukaran tetap, disebabkan faktor
permintaan dan penawaran mata wang yang tidak menentu dan tanpa campur tangan
daripada pihak berkuasa kewangan (Wan Mansor 1983). Oleh itu, bermula tahun
1973 sehingga ke hari ini system kewangan dunia menggunakan sistem mata wang
terapung. Mata wang tanpa sandaran akan mudah dispekulasi dan dimanipulasi oleh
kuasakuasa besar seperti Amerika Syarikat.
No comments:
Post a Comment