Tuesday, January 1, 2013

Tugasan Tema 3 Novel


The Death And Life Of The Great American City karya Jane Jacobs (1960). Objektif utama penghasilan buku ini adalah bagi menunjukkan kesilapan yang telah dilakukan oleh para perancang Bandar. Dimana , kesilapan yang dilakukan oleh perancang Bandar merupakan kesilan yang berulang kali dilakukan selama beratus-ratus tahun. Walau bagaimanapun, bagi Jacobs, golongan perancang Bandar ini sama sekali tidak bersalah, kerana bagi Jacobs mereka hanya merancang berpandukan teori-teori perancangan Bandar. Jacobs menyalahkan pendidik yang mengajar para perancang Bandar. Beliau tidak bersetuju dengan dasar yang diajukan mereka untuk meruntuhkan dan mengalihkan setinggan. Buku ini telah melangkaui isu peancangan bagi mempengaruhi semangat zaman. Jacobs memerhati, menganalisis bandar-bandar dan melihat Bandar dari perspektif orang biasa. Beliau turut mengkritik nilai perancangan Bandar Amerika dari tahun 1950 dan 1960-an yang merupakan era kebangkitan perancangan modenis dalam merealisasikan Bandar progresif.
The Production Of The Space tulisan Henri LeFebvre (1991). Hujah yang dibawa oleh Lefebvre adalah untuk memahami kepentingan ruang (pengeluaran) yang juga dipanggil hubungan pengeluaran sosial. Bagi beliau, ruang juga berfungsi sebagai alat pemikiran dan tindakan di samping menjadi satu cara pengeluaran,kawalan dan penguasaan. Selain itu, ruang juga merupakan sesuatu yang konstruk dan tidak mutlak. Lefebvre turut merumuskan bahawa setiap masyarakat mampu menghasilkan ruang tersendiri atau ruang sosial.
The Image Of The City oleh Kevin Lynch (1960). Sebagai rumusan bagi tema yang dibawakan oleh Lynch, beliau telah membandingkan tiga Bandar di Amerika iaitu Boston, Jersey City, dan Los Angeles. Beliau juga menyatakan cadangan bahawa terdapat lima elemen yang terdiri daripada laluan, pinggiran, sempadan, daerah, nod dan tanda. Daripada kelima-lima elemen tersebut, laluan adalah yang paling penting bagi Lynch kerana ia menyebabkan terjadinya mobiliti Bandar.

No comments:

Post a Comment