Kaedah Analisis Kualitatif
Satu analisis telah dilakukan berdasarkan
transkripsi temubual yang dijalankan bersama responden iaitu Puan Khatijah
binti Ali. Analisis tersebut dikenali sebagai kaedah analisis kualitatif. Kaedah
analisis kualitatif ini dilakukan adalah untuk menilai pengalaman yang dilalui
oleh responden selain untuk mencari nilai ‘sense of belonging’ atau perasaan
kesepunyaan daripada penceritaan responden.
Analisis
kualitatif ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu kod aksial dan kod terbuka. Kod
aksial merupakan perkara yang penting disampaikan oleh responden. Hal ini dapat
dikenalpasti melalui kekerapan yang diceritakan atau diulang-ulang. Kebiasaannya,
elemen kod aksial ini merupakan sesuatu yang bermakna dan dapat mempengaruhi
kehidupan responden. Manakala, kod terbuka merupakan perkara atau elemen yang deceritakan
oleh responden, namun perkara itu tidak berkaitan dengan topik yang
dibincangkan. Kod ini diceritakan apabila responden tiba-tiba mengingati
peristiwa tersebut.
Kod Aksial (Axial Code)
1) Tempat
(Sri Melati, Batu 6 dan Tanjung Batu, Nenasi)
2. Nak cerita pasal
mula-mula menduduki Sri Melati. Kami berasal daripada Tanjung Batu, Nenasi.
9. Dalam keadaan yang
begitu susah, suami pergi mencari, membeli makanan ke Batu 6 dengan basikal.
11. Sebab tak pernah
mengalami, sebab tempat kampung kami di Tanjung
Batu tak pernah mengalami banjir,
tepi laut.
12. Pada tahun lapan,
tujuh puluh, tujuh puluh empat, kami mula-mula
menduduki Sri Melati,
menduduki tanah Sri Melati dengan menebas, menebang pokok-pokok dan membuat tapak
pondok.
13. Hanya kami sahaja,
berdua dengan jiran kami yang mula-mula menduduki Sri
Melati.
15. Tidak macam
sekarang ni, ada telefon, nak berhubung tu begitu mudah. Kami duduk di Sri Melati ni mengalami macam- macam,
macam-macam dugaan, macam malam-malam harimau dekat rumah, siang gajah,
beruang.
26. Penderitaan yang
telah kami tanggung semasa mula-mula menduduki
di Sri Melati.
2) Rumah
4. Lepas tu, kami
mencari rumah sewa, duduk rumah sewa.
5. Duduk rumah sewa lebih kurang satu tahun dua
bulan.
6. Kami mencari tempat
untuk membuat pondok tetap.
14. Lepas tu, jarak
antara rumah kami dua buah tu begitu
jauh, maknanya kalau dapat apa-apa
kesusahan ke, kami tak dapat nak berhubung.
17. Dan tidak kurang
juga orang bunian yang selalu memanggil-manggil, memberi salam dan lalu-lalang
di depan rumah kami.
29. Kalau suami tak da
di rumah, panggil jiran-jiran bunuh.
3) Kesusahan
8. Pada tahun seribu
sembilan, hujung tahun seribu sembilan ratus tujuh puluh, kami mengalami banjir yang amat teruk, dan
kami kehabisan makanan.
9. Dalam keadaan yang
begitu susah, suami pergi mencari,
membeli makanan ke Batu 6 dengan basikal.
10. Itulah pertama
kalinya, saya mengalami banjir.
11. Sebab tak pernah
mengalami, sebab tempat kampung kami di Tanjung Batu tak pernah mengalami banjir, tepi laut.
16. Begitulah kesusahan yang kami hadapi duduk di
sini.
26. Penderitaan yang telah kami tanggung
semasa mula-mula menduduki di Sri
Melati.
61. Dengan kesusahan yang kami tanggung untuk anak-anak
sekolah, terpaksalah kami meninggalkan anak kami di kampung dengan keluarga
kami, dengan ibu bapa
65. Begitulah susahnya semasa kami mula-mula duduk di
sini.
70. Dulu hanya basikal
je lah yang kami gunakan setiap hari, untuk bekerja, untuk berbelanja, begitu
juga untuk apa-apa kesusahan, balik
kampung ke apa.
4) Pengangkutan
9. Dalam keadaan yang
begitu susah, suami pergi mencari, membeli makanan ke Batu 6 dengan basikal.
41. Dan kami nak gi ke
Bandar, terpaksa berjalan kaki lebih
kurang setengah kilometer untuk sampai ke jalan besar.
42. Semasa itu, tambang
basnya hanya lima puluh sen bagi
orang dewasa, tetapi sekarang, berapa?
44. Dan menunggu bas juga semasa itu sangat mudah,
iaitu sejam sekali.
45. Tetapi sekarang,
dua jam setengah, tiga jam sekali bas
ada.
48. Bila kami naik bas tu, orang memandang hala ke tempat
kami naik, hala ke belakang.
49. Orang menganggap
kami adalah Orang Asli, begitu juga bila kami turun bas.
58. Kalau nak
dibandingkan dengan sekarang, anak-anak kami nak sekolah terpaksa mengayuh basikal sejauh, sejauh enam batu lebih
kurang.
60. Bas tak ada untuk mengangkut
budak-budak sekolah.
63. Dan kami juga
pernah berjalan kaki untuk pergi ke
kedai runcit sejauh dua batu mencari bekalan makanan yang kehabisan.
64. Kalau ada kematian
atau pun kenduri kahwin, kalau kami nak pergi, terpaksalah kami
bergohek(berkayuh) basikal sejauh
empat atau pun lima batu, sebab kenaikan tak ada.
67. Kalau sakit ke,
untuk pergi ke klinik, begitu juga, pergi dengan bas juga, naik basikal
daripada rumah sampai ke jalan besar, tunggu bas.
68. Sebab dulu kenaikan, kereta-kereta tak ada, tak macam
sekarang.
69. Semua orang ada kereta, semua orang ada motor.
70. Dulu hanya basikal je lah yang kami gunakan setiap
hari, untuk bekerja, untuk berbelanja, begitu juga untuk apa-apa kesusahan,
balik kampung ke apa.
71. Berpuluh-puluh batu
gohek(kayuh) basikal.
76. Kalau ada apa-apa
jemputan kenduri apa semua, terpaksalah kami pergi dengan bas.
77. Kadang berjalan
dengan kaki berbatu-batu sebab bas
tak sampai ke pedalaman.
5) Aktiviti
12. Pada tahun lapan,
tujuh puluh, tujuh puluh empat, kami mula-mula
menduduki Sri Melati, menduduki
tanah Sri Melati dengan menebas,
menebang pokok-pokok dan membuat tapak pondok.
31. Dan semasa itu,
hidup kami suka memancing ikan, ikan paya.
32. Siang-siang kami memancing ikan paya.
46. Kami berbelanja di Bandar lah, beli apa-apa keperluan.
75. Kami tanam apa yang perlu, sayur-sayur apa
semua, dapat pulangan.
78. Tentang anak-anak
kami nak bermain, jangan ceritalah.
80. Tetapi kami
membiarkan anak-anak kami bermain di
mana-mana yang mereka suka.
83. Terpaksalah bermain dalam paya, dalam longkang
untuk memenuhi aktiviti masing-masing.
84. Dan, kadang-kadang
pergi memancing.
Kod
Terbuka (Open Code)
1) Bunian
17. Dan tidak kurang
juga orang bunian yang selalu memanggil-manggil, memberi salam dan lalu-lalang
di depan rumah kami.
18. Tak nampak, tapi
suaranya yang kami dengar, dia bercakap-cakap, dengan kita tak memahami bahasa
yang dia bercakap tu, tapi dia bercakap, dan berjalan, batuk, dengar dia batuk.
19. Kami tidak berasa
apa-apa, sebab kami dah biasa dengan keadaan macam tu.
20. Kadang-kadang
semasa tinggal berseorangan, mendengar bunyi dia.
2) Haiwan
15. Tidak macam
sekarang ni, ada telefon, nak berhubung tu begitu mudah. Kami duduk di Sri
Melati ni mengalami macam- macam, macam-macam dugaan, macam malam-malam harimau
dekat rumah, siang gajah, beruang.
21. sawa pun terlalu
banyak, kadang –kadang sampai sepuluh ekor sekali dia masuk reban dia bunuh, bukan dia makan.
22. Dia khianat,kalau
makan hanya seekor dua je, tapi dia bunuh.
23. Berkapar dia bunuh,
tengok-tengok pagi, terduduk.
24. Tengok berkapar
ayam mati
3) Perhubungan
14. Lepas tu, jarak antara rumah kami dua buah tu begitu
jauh, maknanya kalau dapat apa-apa
kesusahan ke, kami tak dapat nak berhubung.
15. Tidak macam
sekarang ni, ada telefon, nak
berhubung tu begitu mudah. Kami duduk di Sri Melati ni mengalami macam- macam,
macam-macam dugaan, macam malam-malam harimau dekat rumah, siang gajah,
beruang.
81. Dulu tv tak ada, semua kemudahan tak ada.
Jadual 1 di bawah menunjukkan elemen kod aksial yang diceritakan oleh responden dan senarai nombor baris mengenai perkara yang diceritakan.
Bil.
|
Elemen
Kod Aksial
|
No. Baris
|
1
|
Tempat
|
2, 9, 11, 12, 13, 15,
26
|
2
|
Rumah
|
4, 5, 6, 14, 17, 29
|
3
|
Kesusahan
|
8, 9, 10, 11, 16, 26,
61, 65, 70
|
4
|
Pengangkutan
|
9, 41, 42, 44, 45,
48, 49, 58, 60, 63, 64, 67, 68, 69, 70, 71, 76, 77
|
5
|
Aktiviti
|
12, 31, 32, 46, 75,
78, 80, 83, 84
|
Jadual
2 menunjukkan bilangan kekerapan bagi setiap elemen kod aksial yang diceritakan
oleh responden.
Bil.
|
Elemen Kod Aksial
|
Jumlah Kekerapan
|
1
|
Tempat
|
7
|
2
|
Rumah
|
6
|
3
|
Kesusahan
|
9
|
4
|
Pengangkutan
|
18
|
5
|
Aktiviti
|
9
|
Secara
konklusinya, perkara yang sering menjadi ingatan bagi responden adalah mengenai
tempat , keadaan rumah, kesusahan yang dialami responden, pengangkutan yang
digunakan responden, suami dan penduduk kampung pada waktu itu, dan aktiviti
yang dilakukan responden serta keluarga beliau sepanjang tinggal di kampung tersebut.
Oleh itu, dapat dikenal pasti mengenai perasaan kesepunyaan responden iaitu elemen-elemen
kod aksial yang menjadi titik tolak kepada cara kehidupan responden.
No comments:
Post a Comment