Tuesday, December 2, 2014

Terlalu Banyak Tak Terluah

Tak banyak nak cakap. Cuma nak luah betapa Nhas rindu kaum keluarga. :) Mestilah kann. Semua orang macam tu. Terutamanya bila berjauhan. Bukan cliche tau. Tapi ni fitrah manusia. 




Dimana saja diri ini berada. Takkan kulupa jasa dan pengorbanan keluarga. In shaa Allah. "Sememangnya selain sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini, hidupla juga untuk berbakti kepada ibubapa, keluarga, saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai dan masyarakat"

#tulisantemapurple
#temaraya

Thursday, January 3, 2013

Nak Bace Ke?.. Sila, sila



Kiamat menurut Agama Islam di tandai dgn:
- Kemunculan Imam Mahdi

- Kemunculan Dajjal

- Turunnya Nabi Isa (AS) 

- Kemunculan Yakjuj dan Makjuj

- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur

- Pintu pengampunan akan ditutup

- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya

- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua. orang beriman sejati shj tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya

- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan

- Pemusnahan/runtuhnya Kabah

- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap

- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan

- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"

Kita boleh kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x.

Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"

Itulah yg dimaksud dajjal yg bermata satu:ertinya hanya mmikirkan duniawi drpda akhirat. Kerugian meninggalkn solat:

Subuh:
Cahaya wajah akan pudar.
Zuhur:
Berkat pendapatan akan hilang.
Asar:
Kesihatan mulai terganggu.
Maghrib:
Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
Isya':
Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.

Sebarkan dgn ikhlas. 
Niatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat)

Tuesday, January 1, 2013

The Image Of The City


THE IMAGE OF THE CITY (KUANTAN)

Daerah Kuantan merupakan ibu negeri Pahang. Kini, Kuantan dikenali dengan mottonya iaitu Kuantan Bandar Lestari. Lokasi Kuantan terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia di antara garis lintang 3° 49' 0" di utara dan garis bujur 102° 20' 0" di timur. Di bahagian timur ialah Laut Cina Selatan dengan panjang kawasan pantai 56 km (35 batu). Di sebelah barat ialah Daerah Maran dan Jerantut, di utara ialah Negeri Terengganu dan di selatan ialah Daerah Pekan. Laluan utama dari Kuala Lumpur ke Kuantan adalah dengan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur. 

Untuk menuju ke Bandar Kuantan, laluan jalan yang menghubungkan Kuantan  dan Daerah Pekan adalah Jalan Kuantan-Pekan yang mempunyai dua jalan iaitu melalui Masjid Kolej Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah (KIPSAS) di Batu 6 atau malalui jambatan Tanjung Lumpur. 


Di tengah-tengah Bandar Kuantan pula, jalan yang menjadi tumpuan adalah Jalan Besar. Di sepanjang Jalan Gambut pula adalah merupakan tumpuan penduduk  yang berkunjung ke pasar malam Bandar pada hari Sabtu dan laluan sepanjang Jalan Gambut itu akan ditutup.Tempat yang menjadi mercutanda bagi daerah Kuantan adalah Taman Kerang. Hal ini demikian kerana, Taman Kerang merupakan kawasan yang terkenal dengan aktiviti “uptown”nya  bermula 8.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari setiap hari. Ia juga merupakan tempat mencari rezeki bagi peniaga-peniaga kecil dan peniaga-peniaga barangan antik seperti jam,cincin dan sebagainya.





Di sebelah Taman Kerang adalah Padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 (MPK2) yang berhadapan dengan Masjid Negeri Pahang iaitu Masjid Sultan Haji Ahmad Shah. Padang MPK2 ini menjadi tumpuan penduduk  terutama ketika bulan Ramadhan apabila tiba waktu berbuka puasa. Seluruh padang akan dipenuhi dengan pengunjung yang berbuka puasa dengan berlantaikan rumput dan berbumbungkan langit. 




Disebelah malam hujung minggu pula, kawasan yang menjadi tumpuan penduduk Kuantan terutama muda-mudi adalah Taman Esplanade. Taman Esplanade merupakan taman rekreasi yang terletak di sepanjang muara Sungai Kuantan. Kawasan ini juga menjadi tempat kegemaran bagi kaki pancing setiap hujung minggu. Di sepanjang laluan kaki lima muara sungai yang dikenali sebagai uptown esplanade, juga menjadi tumpuan penduduk untuk mencuci mata. Suasana ini amat meriah terutama pada malam minggu dan cuti persekolahan kerana ramai yang akan berkunjung di uptown tersebut.





 Di Taman Esplanade ini juga terdapat jeti yang dikenali sebagai Jeti Shahbandar yang menawarkan perkhidmatan menyusuri sungai Kuantan dan melihat kelip-kelip pada waktu malam.




Tugasan Tema 3 Novel


The Death And Life Of The Great American City karya Jane Jacobs (1960). Objektif utama penghasilan buku ini adalah bagi menunjukkan kesilapan yang telah dilakukan oleh para perancang Bandar. Dimana , kesilapan yang dilakukan oleh perancang Bandar merupakan kesilan yang berulang kali dilakukan selama beratus-ratus tahun. Walau bagaimanapun, bagi Jacobs, golongan perancang Bandar ini sama sekali tidak bersalah, kerana bagi Jacobs mereka hanya merancang berpandukan teori-teori perancangan Bandar. Jacobs menyalahkan pendidik yang mengajar para perancang Bandar. Beliau tidak bersetuju dengan dasar yang diajukan mereka untuk meruntuhkan dan mengalihkan setinggan. Buku ini telah melangkaui isu peancangan bagi mempengaruhi semangat zaman. Jacobs memerhati, menganalisis bandar-bandar dan melihat Bandar dari perspektif orang biasa. Beliau turut mengkritik nilai perancangan Bandar Amerika dari tahun 1950 dan 1960-an yang merupakan era kebangkitan perancangan modenis dalam merealisasikan Bandar progresif.
The Production Of The Space tulisan Henri LeFebvre (1991). Hujah yang dibawa oleh Lefebvre adalah untuk memahami kepentingan ruang (pengeluaran) yang juga dipanggil hubungan pengeluaran sosial. Bagi beliau, ruang juga berfungsi sebagai alat pemikiran dan tindakan di samping menjadi satu cara pengeluaran,kawalan dan penguasaan. Selain itu, ruang juga merupakan sesuatu yang konstruk dan tidak mutlak. Lefebvre turut merumuskan bahawa setiap masyarakat mampu menghasilkan ruang tersendiri atau ruang sosial.
The Image Of The City oleh Kevin Lynch (1960). Sebagai rumusan bagi tema yang dibawakan oleh Lynch, beliau telah membandingkan tiga Bandar di Amerika iaitu Boston, Jersey City, dan Los Angeles. Beliau juga menyatakan cadangan bahawa terdapat lima elemen yang terdiri daripada laluan, pinggiran, sempadan, daerah, nod dan tanda. Daripada kelima-lima elemen tersebut, laluan adalah yang paling penting bagi Lynch kerana ia menyebabkan terjadinya mobiliti Bandar.

Wednesday, December 26, 2012

Tugasan Kumpulan (Kajian Lapangan di Bandar Seremban)


Tugasan 8 : Laporan Kajian Lapangan di Seremban, Negeri Sembilan.

Ahli Kumpulan :
Wilson Lanyau                                     A141225
Muhd Faiq bin Mazlan                         A141559
Aida Fathiah binti Ahmad Feisal           A141142
Nurhikmah binti Abdullah Sani             A141765
   
1.0       Pengenalan
Bandar Seremban muncul seperti bandar-bandar lain di negara ini iaitu sekitar tahun 1870-an. Deretan kedai di sepanjang Jalan Murray ( Jalan Kapitan Tam Yeong ), Jalan Pasar dan jalan-jalan utama seperti di Jalan Paul ( Jalan Yam Tuan ) dan Jalan Birch ( Jalan Dato’ Bandar Tunggal ) yang mana semua nama-nama jalan ini mengambil sempena nama Residen-residen British ketika itu. Seremban pada awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong dipercayai mendapat namanya dari permainan tradisional ”Sarimban” yakni sejenis permainan yang menggunakan batu-batu kecil dan amat diminati oleh kaum Cina untuk dimainkan pada waktu lapang berhampiran dengan Stesen Keretapi Seremban.

            Pada 12 Disember 2012, kami ditugaskan melakukan kerja lapangan di kawasan Seremban, Negeri Sembilan. Terdapat tiga tugasan yang perlu dilaksanakan iaitu tugasan pertama ialah mengenalpasti nod, laluan, mercutanda, pinggiran dan sempadan. Tugasan kedua ialah menemubual pemilik premis di sekitar kawasan Seremban dan mengenalpasti senibina banggunan yang terdapat sekitar Seremban.

            Sepanjang perjalanan kami menaiki KTM dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke Seremban, kami melalui banyak nod atau hentian. Setibanya di Seremban, terdapat pelbagai laluan dan kami menemui mercutanda pekan Seremban di samping mengenalpasti pinggiran dan sempadan.

            Tugasan yang kedua pula ialah menemubual pemilik premis di sekitar Jalan Tunku Hassan dan Jalan Dato’ Bandar Tunggal di Seremban. Kami mengajukan beberapa soalan kepada peniaga di kawasan tersebut. Seterusnya mengenalpasti bentuk dan senibina banggunan di sekitar kawasan kajian bagi memenuhi tugasan kerja lapangan kami.

            Kerja lapangan ini mengambil masa selama 3 jam iaitu bermula pada jam 11 pagi sehingga 2 petang. Laporan yang disediakan ini merupakan hasil kerja lapangan kami dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif melalui pemerhatian dan tindak balas dari penduduk setempat di kawasan kajian sekitar Seremban.

2.0       Nod, Laluan, Mercutanda, Gerbang dan Sempadan.

Dalam kajian lapangan kami di Seremban,Negeri Sembilan. Kami telah diberikan tugasan untuk mengenal pasti beberapa perkara penting bagi menyiapkan analisis kuantitatif. Tugasan satu ini kami perlu mengenal pasti beberapa element. Elemen ini dipetik daripada sebuah buku bertajuk The Image Of The City penulisan Kevin Lynch(1960) iaitu nod (hentian), laluan, mercutanda, gerbang dan sempadan.

2.1       Nod

Nod merupakan titik pertemuan atau titik perhentian dalam sesebuah perjalanan dan ruang yang dilalui kami semasa menuju ke kawasan kajian kami. Nod ini merupakan sebahagian kawasan yang penting bagi menuju ke sesuatu kawasan. Kebiasaannya setiap kawasan nod ini mempunyai tanda yang jelas dan maklumat yang tepat mengenai sesebuah perjalanan. Hal ini kerana, untuk menuju ke satu destinasi, mereka perlu melalui beberapa destinasi yang lain dahulu sehinggalah mereka sampai ke destinasi yang ingin dikunjungi tersebut.  Nod ini boleh didapati berbentuk papan tanda dan persimpangan jalan yang mengandungi nama setiap kawasan. Contoh kawasan nod kami terpaksa lalui untuk ke Seremban iaitu bermula di UKM, kami terus ke Stesen Kereta Api UKM, seterusnya kami menuju ke kawasan Bangi, terus ke Batang Benar, terus menuju ke Nilai, Labu, Tiroi dan  Stesen Kereta Api Seremban.

2.2       Laluan

Laluan merupakan laluan yang dilalui oleh semua orang dalam sesebuah bandar, antaranya terdapat laluan utama, laluan umun, laluan peribadi, laluan terhad, laluan tersembunyi dan laluan bahaya. Setiap laluan ini mempunyai nama yang tersendiri dan mempunyai sejarah yang tersendiri. Untuk menuju ke sesuatu destinasi, seseorang itu perlulah mengetahui laluan manakah yang perlu dilaluinya. Selain itu, laluan ini juga terdapat beberapa jalan alternatif untuk ke sesebuah tempat apabila laluan utama tersebut sesak, maka di sini wujud apabila pengguna boleh menggunakan beberapa laluan alternatif bagi mengelak dari kesesakan lalu lintas atau sebagai jalan pintas. laluan ini boleh diketegorikan sebagai sebuah jalan berturap, jalan berpasir, jalan bertanah liat dan jalan berbatu. Contoh jalan yang dilalui kami semasa melaksanakan kerja lapangan iaitu Jalan Tungku Hassan, Jalan Dato’ Bandar Tunggal dan lain-lain. Mengikut Lynch, laluan merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah bandar kerana laluan ini dapat menghidupkan sesebuah bandar.

2.3       Mercutanda

Mercutanda merupakan penanda sesebuah tempat. Bagi melihat kewujudan sesebuah tempat, mercutanda ini memainkan peranan yang penting bagi memberikan gambaran kepada semua orang tentang sesebuah kawasan tersebut. Mercutanda ini biasanya merupakan sebahagian dari tanda sejarah yang berlaku di kawasan tersebut. Contohnya kawasan Taman Tasik, gunung kecil, menara tinggi, bangunan bersejarah, binaan yang pelik, tugu dan lain-lain. Oleh sebab itu, mercutanda ini berfungsi untuk mengembalikan nostagia kepada semua orang tentang kisah yang berlaku di sesebuah kawasan tersebut.  Penjunjung mudah untuk mengingati sesebuah tempat apabila hanya melihat mercutanda sahaja, hal ini kerana mercutanda ini merupakan sesuatu yang simbolik dan hanya ada satu jenis bentuk sahaja di dunia ini. oleh itu, setiap mercutanda ada keistimewaan yang tersendiri. Antara mercutanda yang dapat kami kumpulkan di Seremban iaitu Bangunan Wisma Negeri, Stesen Kereta Api Seremban

2.4       Gerbang

Gerbang merupakan simbol utama bagi memasuki sesebuah kawasan. Pintu gerbang ini biasanya berada di permulaan laluan untuk memasuki sesuatu sempadan kampung, daerah dan negeri. Pintu gerbang ini melambangkan kemegahan sesuatu kawasan, hal ini demikian kerana fungsi pintu gerbang ini kebiasaannya bagi menunjukkan simbol sebagai penyambut tetamu kepada yang berkunjung ke sesuatu tempat tersebut. Contohnya “selamat datang”. Hal ini menunjukkan bahawa sesuatu tempat tersebut mengalu-alukan kedatangan pengunjung hadir ke sesebuah kawasan tersebut.  Selain itu, pintu gerbang ini juga memperlihatkan kemegahan sesebuah kawasan, hal ini kerana setiap pintu gerbang tersebut akan dibina berdasarkan corak tradisional tempatan atau corak pembangunan sekarang. 

2.5       Sempadan

Sempadan  bermaksud kawasan yang membezakan antara kawasan lain. Sesuatu kawasan yang telah terpisah menjadi dua kawasan yang berbeza, nama tempat dan diperintah oleh orang yang berlainan di setiap kawasan. Sempadan ini boleh terjadi apabila wujudnya sungai, jalan, daerah, wilayah dan negeri yang terpisah antara sesuatu kawasan yang lain. selain itu. Sempadan  juga wujud apabila terdapat jalan yang memisahkan antara setiap bangunan, jalan kereta api yang memisahkan daratan sebelah kiri dan kanan.

Lampiran

Nod

Laluan

Mercutanda

Gerbang

Sempadan/Wilayah


 3.0       Kawasan Kajian

            Berdasarkan kajian lapangan yang bertempat di Seremban,Negeri Sembilan, kami ditugaskan untuk menemubual peniaga yang ada di sekitar kawasan jalan yang terdapat di sekitar Seremban. Semasa temubual dijalankan,beberapa soalan telah kami kemukakan kepada peniaga.Antara soalan-soalan yang telah kami ajukan kepada peniaga adalah nama kedai, jenis barangan yang dijual, nama pemilik kedai, tahun kedai tersebut mula dibuka atau beroperasi dan sebab peniaga memilih lokasi tersebut sebagai tempat untuk memulakan perniagaan mereka.

Dalam menjalankan tugasan ini, didapati bahawa terdapat pelbagai jenis perniagaan dan juga perkhidmatan yang diusahakan oleh penduduk setempat terutamanya di sekitar Jalan Tunku Hassan. Antara perniagaan tersebut ialah seperti kedai makan dan minum, kedai menjual barangan runcit, kedai gambar, kedai gunting rambut, kedai barangan am,kedai barangan keagamaan dan sebagainya. Selain itu, terdapat pelbagai perkhidmatan turut disediakan di sekitar kawasan Jalan Tunku Hassan, Seremban yang meliputi perkhidmatan perhotelan, klinik kesihatan dan persendirian untuk masyarakat setempat, perkhidmatan penguam bela dan penguam cara dalam konteks perkhidmatan berbentuk perundangan, institusi pendidikan, institusi kewangan dan pelaburan yang diwujudkan untuk kegunaan masyarakat setempat di sekitar Seremban. Berikut merupakan senarai contoh perniagaan perkhidmatan atau kedai yang terdapat di sekitar Jalan Tunku Hassan di Seremban:


Sepanjang kajian lapangan ini dijalankan,terdapat beberapa buah kedai yang dimiliki oleh peniaga di sekitar Jalan Tunku Hassan,Seremban telah berjaya kami temubual bagi mendapatkan beberapa maklumat berkenaan dengan kedai yang dimiliki tersebut. Antaranya adalah kedai yang mengusahakan perniagaan gedung perhiasan. Perniagaan ini digelar sebagai “Kedai Haji Yusuf Gedung Perhiasan” dan dimiliki oleh Mustafa Atin yang merupakan generasi yang ketiga dalam perusahaan gedung perhiasaan ini. Jenis barangan yang dijual ialah seperti karpet, tikar dan sebagainya. Encik Mustafa menyatakan bahawa perniagaan gedung perhiasan ini merupakan yang terawal yang wujud di sekitar bandar Seremban iaitu pada sekitar tahun 1920-an.

Seterusnya, kedai yang kedua ialah “Restoran Amma”s Curry House”. Perniagaan ini dimiliki oleh Encik Ganesan dan keluarga dan baru sahaja dibuka kira-kira 6 bulan yang lepas.Antara makanan yang disajikan di Restoran ini ialah makanan India dan juga makanan-makanan yang lain yang memberi pelbagai pilihan kepada pengunjung yang datang ke restoran beliau.

Selain itu, “Kedai Vsara Silk Centre”. Kedai ini merupakan sebuah kedai yang menjual barangan runcit bagi kegunaan harian.Perniagaan barangan runcit ini dimiliki oleh Encik Raja dan mula beroperasi pada sekitar awal tahun 2010. Beliau memilih lokasi di sekitar Jalan Tunku Hassan ini kerana terdapat banyak kedai yang menawarkan perkhidmatan berlainan dan beliau merasakan akan mendapat manfaat yang sama daripada aktiviti perniagaan yang bergerak secara aktif di kawasan tersebut.

Selain itu , kami juga telah menemubual seorang pemilik kedai yang menjalankan perniagaan menjual “sari”. Kedai ini dikenali dengan nama “Butik Roopkala” dan dimiliki oleh Encik Sega a/l Andiappan. Butik Roopkala telah mula beroperasi pada tahun 1999 dan telah menjangkau usia sekitar 12 tahun. Encik Sega memberitahu bahawa butiknya selalu menjadi tumpuan  masyarakat setempat terutamanya dalam kalangan masyarakat India dan mendapat sambutan hangat ketika menjelang perayaan Deevapali.

Pada masa yang sama, terdapat sebuah kedai emas telah berjaya kami temubual pemiliknya yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Tang. Nama kedai emas ini ialah “Kedai Emas Permata De Nice” dan mula dibuka pada tahun 2001 yang lepas serta mendapat sambutan yang mengalakkan daripada kalangan masyarakat setempat dan pengunjung luar yang datang ke Seremban.

Akhir sekali, kedai yang menjual peralatan sukan dan kasut. Kedai ini dimiliki oleh Encik Wong sekeluarga dan telah beroperasi sekian lama iaitu bermula pada tahun 1982. Kedai ini dikenali dengan nama “Kwong Thye” dan merupakan sebuah kedai yang kelihatan agak lama tetapi masih mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat yang datang ke kedai tersebut. Kebanyakkan barangan yang terdapat di kedai ini merupakan barangan sukan dan kasut yang terpakai dan dijual pada harga yang berpatutan.

LAMPIRAN GAMBAR-GAMBAR KEDAI PERNIAGAAN DI SEREMBAN

Gambar 1 : Kedai Haji Yusuf GEDUNG PERHIASAN


 




Gambar 2 : Restoran Amma”s Curry House
 










Gambar 3 : Kedai V SARA SILK CENTRE











Gambar 4 : Butik Roopkala Collection (Sari)
    










Gambar 5 : Kedai Emas Permata De Nice
 







Gambar 6 : Kedai Sukan dan Kasut Kwong Thye







4.0       Seni Bina Bangunan
Struktur-struktur Bangunan Yang Terdapat di Sepanjang Laluan Jalan Tunku Hassan, Seremban.

Berdasarkan kajian lapangan yang kami lakukan sepanjang tempoh 2-3 jam berada di Bandar Seremban, Negeri Sembilan,pelbagai jenis bentuk dan struktur bangunan yang telah kami temui. Selain itu, corak seni bina yang digunakan juga mempunyai perbezaan antara satu sama lain. Terdapat juga bangunan-bangunan yang dibina pada zaman dahulu yang masih kukuh sehingga ke hari ini. Namun malang sekali apabila terdapat bangunan-bangunan lama yang tidak dijaga dan  dipertahankan nilai-nilai warisannya supaya dapat dikekalkan.

Struktur dan seni bina bangunan institusi kewangan dan sistem perbankan:







Bangunan kedai yang dibina pada tahun 1915:

Bangunan kedai yang dibina pada tahun 1920:

Bangunan kedai yang dibina pada tahun 1919 dan 1920:

Kepelbagaian dan keunikan seni bina bangunan yang terdapat di sepanjang Jalan Tunku Hassan, Seremban:






Seremban yang dikenali sebagai sebuah Bandar kolonial asalnya, merupakan sebuah kawasan kecil atau pekan kecil yang kini telah berkembang menjadi sebuah bandaraya setelah digabungkan dengan Bandar Nilai.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan sepanjang kerja lapangan ini, didapati bahawa kebanyakan bangunan di sekitar Jalan Tunku Hassan ini adalah merupakan bangunan lama yang masih utuh walaupun telah dibina kira-kira 90 tahun yang lalu. Bangunan-bangunan yang terdapat di kawasan itu juga merupakan yang terawal dibina ketika wujudnya penempatan di sekitar kawasan terbabit.

5.0       Kesimpulan

Berdasarkan pemerhatian kami, kebanyakkan pemilik premis di sekitar kawasan kajian ini ialah kaum India dan majoritinya menjual barang-barang perhiasan, perkahwinan dan makanan India. Selain itu, terdapat juga beberapa buah pejabat peguambela & peguamcara yang berada di sekitar jalan ini. Pemilik pejabat ini ada di antaranya kaum Melayu dan kaum Cina.  Tambahan pula, antara sebab pemilik kedai memilih kawasan tersebut sebagai kawasan perniagaan adalah disebabkan oleh kawasan tersebut merupakan banggunan kedai yang terawal dibina di sekitar Seremban, manakala senibina banggunan ini juga klasik dan ada yang dibina pada tahun 1919, 1920 dan 1966.

Sesungguhnya,bandar Seremban merupakan sebuah bandar yang mempunyai keunikannya yang tersendiri.Kepelbagaian jenis bangunan yang menarik dan kehidupan masyarakat yang memenuhi ruang persekitaran tersebut dengan pelbagai aktiviti seperti perniagaan,institusi perkhidmatan dan lain-lain telah berupaya membentuk satu imej yang menyeluruh bagi mengambarkan bandar Seremban secara keseluruhannya .