Buah mangga buah kuini, Nama saya Nurhikmah Abdullah Sani. Pergi ke kedai dengan murni, Mai la jalan2 sini. Pergi ke kedai naik kereta, Bacalah blog kita. Pergi ke kedai dengan Qaseh, Terima kasih. Pergi ke kedai dengan Manje, Kenapa dari tadi asyik pergi kedai je?
Thursday, January 3, 2013
Nak Bace Ke?.. Sila, sila
Kiamat menurut Agama Islam di tandai dgn:
- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Turunnya Nabi Isa (AS)
- Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua. orang beriman sejati shj tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
- Pemusnahan/runtuhnya Kabah
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali
Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
Kita boleh kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x.
Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"
Itulah yg dimaksud dajjal yg bermata satu:ertinya hanya mmikirkan duniawi drpda akhirat. Kerugian meninggalkn solat:
Subuh:
Cahaya wajah akan pudar.
Zuhur:
Berkat pendapatan akan hilang.
Asar:
Kesihatan mulai terganggu.
Maghrib:
Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
Isya':
Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.
Sebarkan dgn ikhlas.
Niatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat)
Tuesday, January 1, 2013
The Image Of The City
THE IMAGE OF THE CITY (KUANTAN)
Daerah
Kuantan merupakan ibu negeri Pahang. Kini, Kuantan dikenali dengan mottonya
iaitu Kuantan Bandar Lestari. Lokasi Kuantan terletak di Pantai Timur
Semenanjung Malaysia di antara garis lintang 3° 49' 0" di utara dan garis
bujur 102° 20' 0" di timur. Di bahagian timur ialah Laut Cina Selatan
dengan panjang kawasan pantai 56 km (35 batu). Di sebelah barat ialah Daerah
Maran dan Jerantut, di utara ialah Negeri Terengganu dan di selatan ialah
Daerah Pekan. Laluan utama dari Kuala Lumpur ke Kuantan adalah dengan
menggunakan Lebuhraya Pantai Timur.
Untuk menuju ke Bandar Kuantan, laluan jalan yang
menghubungkan Kuantan dan Daerah Pekan
adalah Jalan Kuantan-Pekan yang mempunyai dua jalan iaitu melalui Masjid Kolej
Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah (KIPSAS) di Batu 6 atau malalui jambatan
Tanjung Lumpur.
Di tengah-tengah Bandar Kuantan pula, jalan yang menjadi
tumpuan adalah Jalan Besar. Di sepanjang Jalan Gambut pula adalah merupakan
tumpuan penduduk yang berkunjung ke
pasar malam Bandar pada hari Sabtu dan laluan sepanjang Jalan Gambut itu akan
ditutup.Tempat yang menjadi mercutanda bagi daerah Kuantan adalah Taman Kerang.
Hal ini demikian kerana, Taman Kerang merupakan kawasan yang terkenal dengan
aktiviti “uptown”nya bermula 8.00 pagi
sehingga 1.00 tengah hari setiap hari. Ia juga merupakan tempat mencari rezeki
bagi peniaga-peniaga kecil dan peniaga-peniaga barangan antik seperti
jam,cincin dan sebagainya.
Di sebelah Taman Kerang adalah Padang Majlis
Perbandaran Kuantan 2 (MPK2) yang berhadapan dengan Masjid Negeri Pahang iaitu
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah. Padang MPK2 ini menjadi tumpuan penduduk terutama ketika bulan Ramadhan apabila tiba
waktu berbuka puasa. Seluruh padang akan dipenuhi dengan pengunjung yang
berbuka puasa dengan berlantaikan rumput dan berbumbungkan langit.
Disebelah
malam hujung minggu pula, kawasan yang menjadi tumpuan penduduk Kuantan
terutama muda-mudi adalah Taman Esplanade. Taman Esplanade merupakan taman
rekreasi yang terletak di sepanjang muara Sungai Kuantan. Kawasan ini juga
menjadi tempat kegemaran bagi kaki pancing setiap hujung minggu. Di sepanjang
laluan kaki lima muara sungai yang dikenali sebagai uptown esplanade, juga
menjadi tumpuan penduduk untuk mencuci mata. Suasana ini amat meriah terutama
pada malam minggu dan cuti persekolahan kerana ramai yang akan berkunjung di
uptown tersebut.
Di Taman Esplanade ini juga terdapat jeti yang dikenali
sebagai Jeti Shahbandar yang menawarkan perkhidmatan menyusuri sungai Kuantan
dan melihat kelip-kelip pada waktu malam.
Tugasan Tema 3 Novel
The
Death And Life Of The Great American City karya Jane Jacobs (1960). Objektif utama
penghasilan buku ini adalah bagi menunjukkan kesilapan yang telah dilakukan
oleh para perancang Bandar. Dimana , kesilapan yang dilakukan oleh perancang Bandar
merupakan kesilan yang berulang kali dilakukan selama beratus-ratus tahun. Walau
bagaimanapun, bagi Jacobs, golongan perancang Bandar ini sama sekali tidak
bersalah, kerana bagi Jacobs mereka hanya merancang berpandukan teori-teori
perancangan Bandar. Jacobs menyalahkan pendidik yang mengajar para perancang Bandar.
Beliau tidak bersetuju dengan dasar yang diajukan mereka untuk meruntuhkan dan
mengalihkan setinggan. Buku ini telah melangkaui isu peancangan bagi mempengaruhi
semangat zaman. Jacobs memerhati, menganalisis bandar-bandar dan melihat Bandar
dari perspektif orang biasa. Beliau turut mengkritik nilai perancangan Bandar Amerika
dari tahun 1950 dan 1960-an yang merupakan era kebangkitan perancangan modenis
dalam merealisasikan Bandar progresif.
The
Production Of The Space tulisan Henri LeFebvre (1991). Hujah yang dibawa oleh
Lefebvre adalah untuk memahami kepentingan ruang (pengeluaran) yang juga
dipanggil hubungan pengeluaran sosial. Bagi beliau, ruang juga berfungsi
sebagai alat pemikiran dan tindakan di samping menjadi satu cara
pengeluaran,kawalan dan penguasaan. Selain itu, ruang juga merupakan sesuatu yang
konstruk dan tidak mutlak. Lefebvre turut merumuskan bahawa setiap masyarakat
mampu menghasilkan ruang tersendiri atau ruang sosial.
The
Image Of The City oleh Kevin Lynch (1960). Sebagai rumusan bagi tema yang
dibawakan oleh Lynch, beliau telah membandingkan tiga Bandar di Amerika iaitu
Boston, Jersey City, dan Los Angeles. Beliau juga menyatakan cadangan bahawa
terdapat lima elemen yang terdiri daripada laluan, pinggiran, sempadan, daerah,
nod dan tanda. Daripada kelima-lima elemen tersebut, laluan adalah yang paling
penting bagi Lynch kerana ia menyebabkan terjadinya mobiliti Bandar.
Subscribe to:
Posts (Atom)