Nama : Nurhikmah binti Abdullah Sani
No.Matrix : A 141765
Kaedah Kajian : Kualitatif (Index Interview / Temubual Mendalam)
Maklumat Responden
Nama : Puan Khatijah Binti Ali.
Umur : 67 tahun.
Pekerjaan : Tidak Bekerja.
Alamat : KP103, Km17, Kg Baru Sri
Melati, Jalan Pekan-Kuantan, 25150 Kuantan, Pahang.
Tempat yang diceritakan : Kg Baru Sri
Melati, Kuantan, Pahang.
Latar Belakang :
Beliau
dilahirkan pada 3 Januari 1945 di Tanjung Batu, Nenasi, Pekan Pahang dan merupakan anak
pertama daripada lima orang adik beradik yang terdiri daripada tiga perempuan
dan dua lelaki. Beliau berkahwin ketika umur 17 tahun iaitu pada 21 Januari
1962 dengan suaminya Mustafa Bin Mat Tahar. Beliau dikurniakan dua anak lelaki
iaitu Mohd Tarmizi (50 tahun) dan Mohd Razali (48 tahun). Kedua-dua anak beliau
berjaya dalam pelajaran dan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi. Kini anak beliau Mohd Tarmizi berkhidmat di Forest Research Institutes
Malaysia (FRIM) dan Mohd Razali berkhidmat di Jabatan Pelajaran Pahang. Beliau
juga menjaga seorang anak saudara perempuannya sejak kecil iaitu Nor Hashimah
Binti Khanatah yang kini berumur 29 tahun. Beliau mempunyai 9 orang cucu
terdiri daripada empat lelaki dan lima perempuan. Beliau merupakan seorang guru
yang mengajar penduduk kampung terutamanya kanak-kanak mengaji Al-Quran. Kini,
beliau merupakan seorang ibu tunggal sejak lima tahun lalu kerana kematian
suami pada 2 Januari 2007.
1. Assalamualaikum
warahmatullah.
2. Nak cerita pasal mula-mula menduduki Sri Melati. Kami berasal daripada Tanjung Batu, Nenasi. 3. Berhijrah ke sini kerana mengikut suami bekerja.
4. Lepas tu, kami mencari rumah sewa, duduk rumah sewa.
5. Duduk rumah sewa lebih kurang satu tahun dua bulan.
6. Kami mencari tempat untuk membuat pondok tetap.
7. Tanya Mak Cik Biah lah.
8. Pada tahun seribu sembilan, hujung tahun seribu sembilan ratus tujuh puluh, kami mengalami banjir yang amat teruk, dan kami kehabisan makanan.
9. Dalam keadaan yang begitu susah, suami pergi mencari, membeli makanan ke Batu 6 dengan basikal.
10. Itulah pertama kalinya, saya mengalami banjir.
11. Sebab tak pernah mengalami, sebab tempat kampung kami di Tanjung Batu tak pernah mengalami banjir, tepi laut.
12. Pada tahun lapan, tujuh puluh, tujuh puluh empat, kami mula-mula menduduki Sri Melati, menduduki tanah Sri Melati dengan menebas, menebang pokok-pokok dan membuat tapak pondok.
13. Hanya kami sahaja, berdua dengan jiran kami yang mula-mula menduduki Sri Melati.
14. Lepas tu, jarak antara rumah kami dua buah tu begitu jauh, maknanya kalau dapat apa-apa kesusahan ke, kami tak dapat nak berhubung.
15. Tidak macam sekarang ni, ada telefon, nak berhubung tu begitu mudah. Kami duduk di Sri Melati ni mengalami macam- macam, macam-macam dugaan, macam malam-malam harimau dekat rumah, siang gajah, beruang.
16. Begitulah kesusahan yang kami hadapi duduk di sini.
17. Dan tidak kurang juga orang bunian yang selalu memanggil-manggil, memberi salam dan lalu-lalang di depan rumah kami.
18. Tak nampak, tapi suaranya yang kami dengar, dia bercakap-cakap, dengan kita tak memahami bahasa yang dia bercakap tu, tapi dia bercakap, dan berjalan, batuk, dengar dia batuk.
19. Kami tidak berasa apa-apa, sebab kami dah biasa dengan keadaan macam tu.
20. Kadang-kadang semasa tinggal berseorangan, mendengar bunyi dia.……….......................................(rekod terstop selama beberapa saat)………………………………………………………………………………...........
21. sawa pun terlalu banyak, kadang –kadang sampai sepuluh ekor sekali dia masuk reban dia bunuh, bukan dia makan.
22. Dia khianat,kalau makan hanya seekor dua je, tapi dia bunuh.
23. Berkapar dia bunuh, tengok-tengok pagi, terduduk.
24. Tengok berkapar ayam mati.
25. Habis dah?
26. Penderitaan yang telah kami tanggung semasa mula-mula menduduki di Sri Melati.
27. Tapi kami tetap bersabar, kami ingat itu adalah dugaan Tuhan.
28. Kadang-kadang tu pernah juga, kalau ada suami di rumah, suami bunuh.
29. Kalau suami tak da di rumah, panggil jiran-jiran bunuh.
30. Tapi dia tetap datang, bunuh yang lain, yang seekor datang lagi, bunuh, datang lagi.
31. Dan semasa itu, hidup kami suka memancing ikan, ikan paya.
32. Siang-siang kami memancing ikan paya.
33. Ikan-ikan puyu, ikan kepar, ikan bujuk untuk kami buat lauk.
34. Musuh beruang juga tidak kurang di sini, ada beberapa ekor, juga memakan ayam kami.
35. Reban ditutup, dia buka, dia pandai buka, macam orang.
36. Disendal dengan kayu, dialihnya kayu tu, dia masuk, dia ambil ayam, dia makan.
37. Segala-galanya, kami tetap bersabar.
38. Kerana kami tahu, tahu sebab kami duduk ni adalah dalam hutan.
39. Serba-serbi musuhnya ada.
40. Soal kera, jangan cerita, biawak , itu tetap musuh utama kami.
41. Dan kami nak gi ke Bandar, terpaksa berjalan kaki lebih kurang setengah kilometer untuk sampai ke jalan besar.
42. Semasa itu, tambang basnya hanya lima puluh sen bagi orang dewasa, tetapi sekarang, berapa? 43. haa, dua ringgit lima puluh sen.
44. Dan menunggu bas juga semasa itu sangat mudah, iaitu sejam sekali.
45. Tetapi sekarang, dua jam setengah, tiga jam sekali bas ada.
46. Kami berbelanja di Bandar lah, beli apa-apa keperluan.
47. Sebab kedai-kedai runcit di sini jauh juga, dua batu setengah daripada rumah kami pergi ke kedai runcit.
48. Bila kami naik bas tu, orang memandang hala ke tempat kami naik, hala ke belakang.
49. Orang menganggap kami adalah Orang Asli, begitu juga bila kami turun bas.
50. Masing-masing bercakap sesama sendiri, dimana orang ni duduk dalam hutan, Melayu ke Asli tu kami terdengar sendiri.
51. Asli ke? Melayu ke ni? Apa bangsa dia?
52. Nak kata Melayu, duduk dalam hutan, nak kata Asli, macam Melayu.
53. Kami hanya diam.
54. Tetapi sekarang tidak macam tu, semuanya bertanya ada ke orang nak jual tanah di sini?
55. Siapa ada nak jual tanah di sini?
56. Dengan harga beratus ribu, masing-masing sanggup membeli.
57. Begitulah, apa yang kami hadapi semasa kami mula-mula menduduki di sini.
58. Kalau nak dibandingkan dengan sekarang, anak-anak kami nak sekolah terpaksa mengayuh basikal sejauh, sejauh enam batu lebih kurang.
59. Bayangkanlah...Kadang-kadang, anak-anak kami dikejar oleh anjing cina yang ada di tepi jalan.
60. Bas tak ada untuk mengangkut budak-budak sekolah.
61. Dengan kesusahan yang kami tanggung untuk anak-anak sekolah, terpaksalah kami meninggalkan anak kami di kampung dengan keluarga kami, dengan ibu bapa.
62. Sebab di sana sekolah dekat.
63. Dan kami juga pernah berjalan kaki untuk pergi ke kedai runcit sejauh dua batu mencari bekalan makanan yang kehabisan.
64. Kalau ada kematian atau pun kenduri kahwin, kalau kami nak pergi, terpaksalah kami bergohek(berkayuh) basikal sejauh empat atau pun lima batu, sebab kenaikan tak ada.
65. Begitulah susahnya semasa kami mula-mula duduk di sini.
67. Kalau sakit ke, untuk pergi ke klinik, begitu juga, pergi dengan bas juga, naik basikal daripada rumah sampai ke jalan besar, tunggu bas.
68. Sebab dulu kenaikan, kereta-kereta tak ada, tak macam sekarang.
69. Semua orang ada kereta, semua orang ada motor.
70. Dulu hanya basikal je lah yang kami gunakan setiap hari, untuk bekerja, untuk berbelanja, begitu juga untuk apa-apa kesusahan, balik kampung ke apa.
71. Berpuluh-puluh batu gohek(kayuh) basikal.
72. Kadang bergendong, suami kayuh, isteri duk belakang.
73. Bayangkan betapa seksanya.
74. Tapi kami bersabar juga.
75. Kami tanam apa yang perlu, sayur-sayur apa semua, dapat pulangan.
76. Kalau ada apa-apa jemputan kenduri apa semua, terpaksalah kami pergi dengan bas.
77. Kadang berjalan dengan kaki berbatu-batu sebab bas tak sampai ke pedalaman.
78. Tentang anak-anak kami nak bermain, jangan ceritalah.
79. Terpaksalah bermain dalam hutan, dalam paya.
80. Tetapi kami membiarkan anak-anak kami bermain di mana-mana yang mereka suka.
81. Dulu tv tak ada, semua kemudahan tak ada.
82. Habis macam mana dengan budak-budak ni?
83. Terpaksalah bermain dalam paya, dalam longkang untuk memenuhi aktiviti masing-masing.
84. Dan, kadang-kadang pergi memancing.
Transkripsi

-transkripsi tamat-
![]() |
inilah gambar responden saya, Puan Khatijah binti Ali. |
terime kasih laa sudi bace.. ha, macam mane? panjang tak? isshhhh, mana ade panjang. faham?nanti kite akan tahu ape yang sebenarnya saya akan buat dengan transkripsi nih. =) tak sabar nih nak menganalisis, nak tahu hasilnye. >.<
No comments:
Post a Comment