Wednesday, December 26, 2012

Tugasan Kumpulan (Kajian Lapangan di Bandar Seremban)


Tugasan 8 : Laporan Kajian Lapangan di Seremban, Negeri Sembilan.

Ahli Kumpulan :
Wilson Lanyau                                     A141225
Muhd Faiq bin Mazlan                         A141559
Aida Fathiah binti Ahmad Feisal           A141142
Nurhikmah binti Abdullah Sani             A141765
   
1.0       Pengenalan
Bandar Seremban muncul seperti bandar-bandar lain di negara ini iaitu sekitar tahun 1870-an. Deretan kedai di sepanjang Jalan Murray ( Jalan Kapitan Tam Yeong ), Jalan Pasar dan jalan-jalan utama seperti di Jalan Paul ( Jalan Yam Tuan ) dan Jalan Birch ( Jalan Dato’ Bandar Tunggal ) yang mana semua nama-nama jalan ini mengambil sempena nama Residen-residen British ketika itu. Seremban pada awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong dipercayai mendapat namanya dari permainan tradisional ”Sarimban” yakni sejenis permainan yang menggunakan batu-batu kecil dan amat diminati oleh kaum Cina untuk dimainkan pada waktu lapang berhampiran dengan Stesen Keretapi Seremban.

            Pada 12 Disember 2012, kami ditugaskan melakukan kerja lapangan di kawasan Seremban, Negeri Sembilan. Terdapat tiga tugasan yang perlu dilaksanakan iaitu tugasan pertama ialah mengenalpasti nod, laluan, mercutanda, pinggiran dan sempadan. Tugasan kedua ialah menemubual pemilik premis di sekitar kawasan Seremban dan mengenalpasti senibina banggunan yang terdapat sekitar Seremban.

            Sepanjang perjalanan kami menaiki KTM dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke Seremban, kami melalui banyak nod atau hentian. Setibanya di Seremban, terdapat pelbagai laluan dan kami menemui mercutanda pekan Seremban di samping mengenalpasti pinggiran dan sempadan.

            Tugasan yang kedua pula ialah menemubual pemilik premis di sekitar Jalan Tunku Hassan dan Jalan Dato’ Bandar Tunggal di Seremban. Kami mengajukan beberapa soalan kepada peniaga di kawasan tersebut. Seterusnya mengenalpasti bentuk dan senibina banggunan di sekitar kawasan kajian bagi memenuhi tugasan kerja lapangan kami.

            Kerja lapangan ini mengambil masa selama 3 jam iaitu bermula pada jam 11 pagi sehingga 2 petang. Laporan yang disediakan ini merupakan hasil kerja lapangan kami dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif melalui pemerhatian dan tindak balas dari penduduk setempat di kawasan kajian sekitar Seremban.

2.0       Nod, Laluan, Mercutanda, Gerbang dan Sempadan.

Dalam kajian lapangan kami di Seremban,Negeri Sembilan. Kami telah diberikan tugasan untuk mengenal pasti beberapa perkara penting bagi menyiapkan analisis kuantitatif. Tugasan satu ini kami perlu mengenal pasti beberapa element. Elemen ini dipetik daripada sebuah buku bertajuk The Image Of The City penulisan Kevin Lynch(1960) iaitu nod (hentian), laluan, mercutanda, gerbang dan sempadan.

2.1       Nod

Nod merupakan titik pertemuan atau titik perhentian dalam sesebuah perjalanan dan ruang yang dilalui kami semasa menuju ke kawasan kajian kami. Nod ini merupakan sebahagian kawasan yang penting bagi menuju ke sesuatu kawasan. Kebiasaannya setiap kawasan nod ini mempunyai tanda yang jelas dan maklumat yang tepat mengenai sesebuah perjalanan. Hal ini kerana, untuk menuju ke satu destinasi, mereka perlu melalui beberapa destinasi yang lain dahulu sehinggalah mereka sampai ke destinasi yang ingin dikunjungi tersebut.  Nod ini boleh didapati berbentuk papan tanda dan persimpangan jalan yang mengandungi nama setiap kawasan. Contoh kawasan nod kami terpaksa lalui untuk ke Seremban iaitu bermula di UKM, kami terus ke Stesen Kereta Api UKM, seterusnya kami menuju ke kawasan Bangi, terus ke Batang Benar, terus menuju ke Nilai, Labu, Tiroi dan  Stesen Kereta Api Seremban.

2.2       Laluan

Laluan merupakan laluan yang dilalui oleh semua orang dalam sesebuah bandar, antaranya terdapat laluan utama, laluan umun, laluan peribadi, laluan terhad, laluan tersembunyi dan laluan bahaya. Setiap laluan ini mempunyai nama yang tersendiri dan mempunyai sejarah yang tersendiri. Untuk menuju ke sesuatu destinasi, seseorang itu perlulah mengetahui laluan manakah yang perlu dilaluinya. Selain itu, laluan ini juga terdapat beberapa jalan alternatif untuk ke sesebuah tempat apabila laluan utama tersebut sesak, maka di sini wujud apabila pengguna boleh menggunakan beberapa laluan alternatif bagi mengelak dari kesesakan lalu lintas atau sebagai jalan pintas. laluan ini boleh diketegorikan sebagai sebuah jalan berturap, jalan berpasir, jalan bertanah liat dan jalan berbatu. Contoh jalan yang dilalui kami semasa melaksanakan kerja lapangan iaitu Jalan Tungku Hassan, Jalan Dato’ Bandar Tunggal dan lain-lain. Mengikut Lynch, laluan merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah bandar kerana laluan ini dapat menghidupkan sesebuah bandar.

2.3       Mercutanda

Mercutanda merupakan penanda sesebuah tempat. Bagi melihat kewujudan sesebuah tempat, mercutanda ini memainkan peranan yang penting bagi memberikan gambaran kepada semua orang tentang sesebuah kawasan tersebut. Mercutanda ini biasanya merupakan sebahagian dari tanda sejarah yang berlaku di kawasan tersebut. Contohnya kawasan Taman Tasik, gunung kecil, menara tinggi, bangunan bersejarah, binaan yang pelik, tugu dan lain-lain. Oleh sebab itu, mercutanda ini berfungsi untuk mengembalikan nostagia kepada semua orang tentang kisah yang berlaku di sesebuah kawasan tersebut.  Penjunjung mudah untuk mengingati sesebuah tempat apabila hanya melihat mercutanda sahaja, hal ini kerana mercutanda ini merupakan sesuatu yang simbolik dan hanya ada satu jenis bentuk sahaja di dunia ini. oleh itu, setiap mercutanda ada keistimewaan yang tersendiri. Antara mercutanda yang dapat kami kumpulkan di Seremban iaitu Bangunan Wisma Negeri, Stesen Kereta Api Seremban

2.4       Gerbang

Gerbang merupakan simbol utama bagi memasuki sesebuah kawasan. Pintu gerbang ini biasanya berada di permulaan laluan untuk memasuki sesuatu sempadan kampung, daerah dan negeri. Pintu gerbang ini melambangkan kemegahan sesuatu kawasan, hal ini demikian kerana fungsi pintu gerbang ini kebiasaannya bagi menunjukkan simbol sebagai penyambut tetamu kepada yang berkunjung ke sesuatu tempat tersebut. Contohnya “selamat datang”. Hal ini menunjukkan bahawa sesuatu tempat tersebut mengalu-alukan kedatangan pengunjung hadir ke sesebuah kawasan tersebut.  Selain itu, pintu gerbang ini juga memperlihatkan kemegahan sesebuah kawasan, hal ini kerana setiap pintu gerbang tersebut akan dibina berdasarkan corak tradisional tempatan atau corak pembangunan sekarang. 

2.5       Sempadan

Sempadan  bermaksud kawasan yang membezakan antara kawasan lain. Sesuatu kawasan yang telah terpisah menjadi dua kawasan yang berbeza, nama tempat dan diperintah oleh orang yang berlainan di setiap kawasan. Sempadan ini boleh terjadi apabila wujudnya sungai, jalan, daerah, wilayah dan negeri yang terpisah antara sesuatu kawasan yang lain. selain itu. Sempadan  juga wujud apabila terdapat jalan yang memisahkan antara setiap bangunan, jalan kereta api yang memisahkan daratan sebelah kiri dan kanan.

Lampiran

Nod

Laluan

Mercutanda

Gerbang

Sempadan/Wilayah


 3.0       Kawasan Kajian

            Berdasarkan kajian lapangan yang bertempat di Seremban,Negeri Sembilan, kami ditugaskan untuk menemubual peniaga yang ada di sekitar kawasan jalan yang terdapat di sekitar Seremban. Semasa temubual dijalankan,beberapa soalan telah kami kemukakan kepada peniaga.Antara soalan-soalan yang telah kami ajukan kepada peniaga adalah nama kedai, jenis barangan yang dijual, nama pemilik kedai, tahun kedai tersebut mula dibuka atau beroperasi dan sebab peniaga memilih lokasi tersebut sebagai tempat untuk memulakan perniagaan mereka.

Dalam menjalankan tugasan ini, didapati bahawa terdapat pelbagai jenis perniagaan dan juga perkhidmatan yang diusahakan oleh penduduk setempat terutamanya di sekitar Jalan Tunku Hassan. Antara perniagaan tersebut ialah seperti kedai makan dan minum, kedai menjual barangan runcit, kedai gambar, kedai gunting rambut, kedai barangan am,kedai barangan keagamaan dan sebagainya. Selain itu, terdapat pelbagai perkhidmatan turut disediakan di sekitar kawasan Jalan Tunku Hassan, Seremban yang meliputi perkhidmatan perhotelan, klinik kesihatan dan persendirian untuk masyarakat setempat, perkhidmatan penguam bela dan penguam cara dalam konteks perkhidmatan berbentuk perundangan, institusi pendidikan, institusi kewangan dan pelaburan yang diwujudkan untuk kegunaan masyarakat setempat di sekitar Seremban. Berikut merupakan senarai contoh perniagaan perkhidmatan atau kedai yang terdapat di sekitar Jalan Tunku Hassan di Seremban:


Sepanjang kajian lapangan ini dijalankan,terdapat beberapa buah kedai yang dimiliki oleh peniaga di sekitar Jalan Tunku Hassan,Seremban telah berjaya kami temubual bagi mendapatkan beberapa maklumat berkenaan dengan kedai yang dimiliki tersebut. Antaranya adalah kedai yang mengusahakan perniagaan gedung perhiasan. Perniagaan ini digelar sebagai “Kedai Haji Yusuf Gedung Perhiasan” dan dimiliki oleh Mustafa Atin yang merupakan generasi yang ketiga dalam perusahaan gedung perhiasaan ini. Jenis barangan yang dijual ialah seperti karpet, tikar dan sebagainya. Encik Mustafa menyatakan bahawa perniagaan gedung perhiasan ini merupakan yang terawal yang wujud di sekitar bandar Seremban iaitu pada sekitar tahun 1920-an.

Seterusnya, kedai yang kedua ialah “Restoran Amma”s Curry House”. Perniagaan ini dimiliki oleh Encik Ganesan dan keluarga dan baru sahaja dibuka kira-kira 6 bulan yang lepas.Antara makanan yang disajikan di Restoran ini ialah makanan India dan juga makanan-makanan yang lain yang memberi pelbagai pilihan kepada pengunjung yang datang ke restoran beliau.

Selain itu, “Kedai Vsara Silk Centre”. Kedai ini merupakan sebuah kedai yang menjual barangan runcit bagi kegunaan harian.Perniagaan barangan runcit ini dimiliki oleh Encik Raja dan mula beroperasi pada sekitar awal tahun 2010. Beliau memilih lokasi di sekitar Jalan Tunku Hassan ini kerana terdapat banyak kedai yang menawarkan perkhidmatan berlainan dan beliau merasakan akan mendapat manfaat yang sama daripada aktiviti perniagaan yang bergerak secara aktif di kawasan tersebut.

Selain itu , kami juga telah menemubual seorang pemilik kedai yang menjalankan perniagaan menjual “sari”. Kedai ini dikenali dengan nama “Butik Roopkala” dan dimiliki oleh Encik Sega a/l Andiappan. Butik Roopkala telah mula beroperasi pada tahun 1999 dan telah menjangkau usia sekitar 12 tahun. Encik Sega memberitahu bahawa butiknya selalu menjadi tumpuan  masyarakat setempat terutamanya dalam kalangan masyarakat India dan mendapat sambutan hangat ketika menjelang perayaan Deevapali.

Pada masa yang sama, terdapat sebuah kedai emas telah berjaya kami temubual pemiliknya yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Tang. Nama kedai emas ini ialah “Kedai Emas Permata De Nice” dan mula dibuka pada tahun 2001 yang lepas serta mendapat sambutan yang mengalakkan daripada kalangan masyarakat setempat dan pengunjung luar yang datang ke Seremban.

Akhir sekali, kedai yang menjual peralatan sukan dan kasut. Kedai ini dimiliki oleh Encik Wong sekeluarga dan telah beroperasi sekian lama iaitu bermula pada tahun 1982. Kedai ini dikenali dengan nama “Kwong Thye” dan merupakan sebuah kedai yang kelihatan agak lama tetapi masih mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat yang datang ke kedai tersebut. Kebanyakkan barangan yang terdapat di kedai ini merupakan barangan sukan dan kasut yang terpakai dan dijual pada harga yang berpatutan.

LAMPIRAN GAMBAR-GAMBAR KEDAI PERNIAGAAN DI SEREMBAN

Gambar 1 : Kedai Haji Yusuf GEDUNG PERHIASAN


 




Gambar 2 : Restoran Amma”s Curry House
 










Gambar 3 : Kedai V SARA SILK CENTRE











Gambar 4 : Butik Roopkala Collection (Sari)
    










Gambar 5 : Kedai Emas Permata De Nice
 







Gambar 6 : Kedai Sukan dan Kasut Kwong Thye







4.0       Seni Bina Bangunan
Struktur-struktur Bangunan Yang Terdapat di Sepanjang Laluan Jalan Tunku Hassan, Seremban.

Berdasarkan kajian lapangan yang kami lakukan sepanjang tempoh 2-3 jam berada di Bandar Seremban, Negeri Sembilan,pelbagai jenis bentuk dan struktur bangunan yang telah kami temui. Selain itu, corak seni bina yang digunakan juga mempunyai perbezaan antara satu sama lain. Terdapat juga bangunan-bangunan yang dibina pada zaman dahulu yang masih kukuh sehingga ke hari ini. Namun malang sekali apabila terdapat bangunan-bangunan lama yang tidak dijaga dan  dipertahankan nilai-nilai warisannya supaya dapat dikekalkan.

Struktur dan seni bina bangunan institusi kewangan dan sistem perbankan:







Bangunan kedai yang dibina pada tahun 1915:

Bangunan kedai yang dibina pada tahun 1920:

Bangunan kedai yang dibina pada tahun 1919 dan 1920:

Kepelbagaian dan keunikan seni bina bangunan yang terdapat di sepanjang Jalan Tunku Hassan, Seremban:






Seremban yang dikenali sebagai sebuah Bandar kolonial asalnya, merupakan sebuah kawasan kecil atau pekan kecil yang kini telah berkembang menjadi sebuah bandaraya setelah digabungkan dengan Bandar Nilai.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan sepanjang kerja lapangan ini, didapati bahawa kebanyakan bangunan di sekitar Jalan Tunku Hassan ini adalah merupakan bangunan lama yang masih utuh walaupun telah dibina kira-kira 90 tahun yang lalu. Bangunan-bangunan yang terdapat di kawasan itu juga merupakan yang terawal dibina ketika wujudnya penempatan di sekitar kawasan terbabit.

5.0       Kesimpulan

Berdasarkan pemerhatian kami, kebanyakkan pemilik premis di sekitar kawasan kajian ini ialah kaum India dan majoritinya menjual barang-barang perhiasan, perkahwinan dan makanan India. Selain itu, terdapat juga beberapa buah pejabat peguambela & peguamcara yang berada di sekitar jalan ini. Pemilik pejabat ini ada di antaranya kaum Melayu dan kaum Cina.  Tambahan pula, antara sebab pemilik kedai memilih kawasan tersebut sebagai kawasan perniagaan adalah disebabkan oleh kawasan tersebut merupakan banggunan kedai yang terawal dibina di sekitar Seremban, manakala senibina banggunan ini juga klasik dan ada yang dibina pada tahun 1919, 1920 dan 1966.

Sesungguhnya,bandar Seremban merupakan sebuah bandar yang mempunyai keunikannya yang tersendiri.Kepelbagaian jenis bangunan yang menarik dan kehidupan masyarakat yang memenuhi ruang persekitaran tersebut dengan pelbagai aktiviti seperti perniagaan,institusi perkhidmatan dan lain-lain telah berupaya membentuk satu imej yang menyeluruh bagi mengambarkan bandar Seremban secara keseluruhannya .

Tuesday, December 25, 2012

Tugasan Peristiwa Sekitar Tahun 70-an


Berdasarkan transkripsi verbatim yang telah dibuat, terdapat beberapa tahun yang disebut oleh responden iaitu tahun 1972 dan sekitar tahun 1974. Hal ini dapat menunjukkan bahawa perkara atau pengalaman yang diceritakan sudah  berlalu kira-kira 40 tahun. Berasaskan  penceritaan tersebut juga, dapat dilihat bahawa kehidupan responden dan masyarakat ketika itu  jauh sekali berbeza dengan kehidupan masyarakat hari ini. Responden terpaksa mengharungi hidup tanpa kemudahan yang lengkap.  Pelbagai kesusahan yang terpaksa dilalui dari segi pengangkutan, jarak rumah dan kedai, jarak ke sekolah dan ancaman pelbagai binatang di sekitar kampung. Oleh itu, berpaksikan tahun 1972, 1974 dan sekitar tahunn 70-an pelbagai peristiwa dan perkara telah berlaku sama ada di peringkat tempatan mahupun dunia. 
Tahun 1972 :
Ø  Malaysia menemukan petroleum – luar pesisir tetapi masih dalam zon ekonomi Terengganu. Ada pihak yang mengatakan bahawa petroleum sebenarnya dijumpai sebelum 1972 lagi. Tetapi kerajaan merahsiakannya kerana pada masa itu, Terengganu berada di bawah penguasaan pembangkang. Kerajaan persekutuan tahu bahawa disebabkan petroleum adalah sumber kerajaan negeri, maka Terengganu akan mendapat manfaat darinya, sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian Persekutuan.
Tahun 1974 :
Ø  Dalam masa negara menghadapi krisis 13 Mei 1969 beliau mengepalai kerajaan MAGERAN yang berjaya mereda keadaan. Tun Razak telah menamatkan Konfrontasi dengan memeterai Perjanjian Persahabatan dengan Indonesia. Tun Razak juga membuka lembaran baru hubungan Malaysia dengan negara China pada tahun 1974.
Ø  Pada tahun 1957, Tun Tan Siew Sin telah dilantik menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian (1957-1959) . Pelantikannya sebagai Menteri Kabinet juga menyebabkan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin MCA mula menghormati dan mengiktirafnya dengan jawatan-jawatan lebih penting dalam parti MCA. Ketika menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Tun Tan Siew Sin memulakan usaha ke arah ekonomi yang pelbagai dan lebih terbuka. Untuk mencapai haluan ekonomi tersebut, sektor ekonomi dan perkhidmatan telah dimajukan di samping meningkatkan sektor pertanian. Kemudian beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan selama 15 tahun bermula tahun 1959 sehingga 1974. Sebagai Menteri Kewangan, beliau telah memimpin Perwakilan Malaysia dalam mesyuarat tahunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa. Beliau juga menjadi Pengerusi bagi Suruhanjaya Kajian Semula Pilihanraya bagi Seychelles dan orang luar pertama dalam sejarah British yang menjadi pengerusi suruhanjaya perlembagaan. Tan Siew Sin adalah Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel daripada 1970 hingga 1971. Bila Tun Tan Cheng Lock meninggal dunia pada tahun 1960, beliau telah dilantik sebagai Presiden MCA. Beliau bersara sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1974 atas sebab kesihatan yang serius.
Sekitar tahun 1970-an :
Ø  Kecenderungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan membolehkan Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama tahun 1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972, Member Of the University Court and University of Malaya Council serta Chairman of the National University Council pada tahun 1974. Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan jawatan ini untuk membolehkannya bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang mana beliau menang tanpa bertanding. Berikutan daripada pilihanraya itu, Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Sebagai Menteri Pelajaran, langkah pertama dalam perancangan beliau adalah mengubah polisi pendidikan negara supaya ianya menggambarkan usaha-usaha ke arah menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadilan untuk semua dan memastikan semua individu diberi peluang membaiki taraf hidup mereka. Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran, beliau memberi peluang yang lebih kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mengubah kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-pusat tersebut, mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Beliau juga bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 yang ditentang oleh ahli akademik dan mereka yang terlibat dengan pendidikan. Sebagai seorang yang berdisplin dan tegas beliau berjaya melenyapkan kritikan terhadap polisi-polisi pendidikan. Kini semua pusat pengajian tinggi diuruskan di bawah Kementerian Pendidikan.
Ø  Kemenangan Tun Dr. Mahathir di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tahun 1975 telah menyumbang kepada kejayaan politik beliau. Pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Tun Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun. Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Tun Dr. Mahathir berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus menggalakkan perdagangan dan pelaburan asing. Kemenangan Tun Dr. Mahathir dalam pilihanraya umum tahun 1978 telah membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti Tun Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" atas perjuangannya yang tidak mengenal lelah untuk memartabatkan Malaysia ke arah Wawasan 2020 dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003 iaitu selama 22 tahun.
Ø  Za'ba mempunyai otak yang bergeliga dan minat pelbagai.Beliau memiliki bakat dalam penulisan dan adalah seorang pemikir dan pengemar membaca. Beliau pengarang prolifik sejak usia 19 tahun. Kebanyakan penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan majalah-majalah seperti di Utusan Melayu; Lembaga Melayu; Pangasuh dan Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa monographic siri dalam Bahasa Melayu termasuk Bahasa Pelita popular Malay dan Malay Elmu Mengarang. Orang cuma mengaitkan jasa Za'ba dengan ilmu bahasa dan persuratan Melayu. Tetapi sumbangannya juga besar dalam meniup pembaharuan sikap dan pengertian dalam Islam.Di samping itu sumbangannya dalam politik tidak juga harus dilupakan. Beliau antara aktivis dan pemikir yang menghimpun pertubuhan-pertubuhan Melayu pada tahun 1946 di Kuala Lumpur untuk bersatu menubuhkan UMNO dan memperjuang kepentingan orang Melayu yang lebih adil.Beliau amat kena pada tempatnya diberi gelaran patriot dan pendeta. Za'ba yang meninggal dunia pada 1973 dan merupakan salah satu budak lelaki kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang yang terkemuka muncul dalam sejarah Malaysia.
Ø  Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kialu meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun. Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.
Ø  V.T Sambanthan tidak hanya memajukan masyarakat India yang kurang berpendidikan tetapi lebih global terutama ketika menjawat jawatan Menteri Kesihatan. Beliau telah meletakkan jawatan Presiden Kongres India pada tahun 1973 dan Menteri Perpaduan Negara pada tahun 1974 kerana faktor usia. Tun V.T. Sambanthan telah meninggal dunia pada 18 Mei 1979 akibat diserang penyakit jantung. Bagi mengenang jasa beliau kepada negara, nama beliau telah diabadikan kepada sebatang jalan raya di Brickfield, Kuala Lumpur.
Ø  Di Kota Kinabalu, bilangan rumah setinggan telah mengalami pertambahan sejak ia mula dilaporkan sebelum tahun 1970-an lagi (Jalihah, 2004). Terdapat dua tahap perkembangan kawasan setinggan di Kota Kinabalu. Pertama peringkat awal berlaku sebelum 1970-an yang melibatkan setinggan tempatan. Tahap kedua iaitu selepas tahun 1970-an memperlihatkan kemunculan setinggan asing secara berleluasa. Punca kepada masalah disebabkan oleh penghijrahan golongan belia tempatan luar bandar ke bandar dan bertambahnya kemasukan pelarian dari Filipina (Dayu, 1981:142).
Ø  Sejarah Pergerakan Nilai Mata wang Dunia.
Sejak tahun 1833 lagi manusia telah menggunakan mata wang yang berasaskan emas dalam transaksi harian mereka sehingga pada tahun 1973. Sejarah telah menunjukkan bahawa sistem emas pernah mendominasi kewangan dunia dalam tempoh yang agak lama. Sepanjang tempoh tersebut pergerakan nilai emas adalah kecil dan lebih stabil. Isu ketidakstabilan nilai mata wang timbul apabila sistem kewangan dunia tidak lagi  menggunakan piawaian atau sandaran emas bermula tahun 1973 iaitu setelah Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon1 memutuskan hubungan emas dengan wang kertas. Sejak dari itu sehingga sekarang system kewangan dunia menggunakan sistem mata wang terapung. Mata wang tanpa sandaran akan mudah dispekulasi dan dimanipulasi oleh kuasakuasa besar seperti Amerika Syarikat. Data kestabilan pergerakan nilai emas dapat dilihat melalui tinjauan sejarah empat zaman utama iaitu bermula dengan zaman sebelum Perang Dunia Pertama (World War I) yang dikenali sebagai zaman Calassical Gold Standard (1821-1914), zaman Gold Exchange Standard (1925-1931), zaman Bretton Wood System (1946-1971) dan zaman mata wang apungan (1973- sekarang). Data sejarah ini menunjukkan pergerakan nilai emas adalah lebih stabil jika dibandingkan dengan pergerakan mata wang fiat.
Ø  Zaman Mata Wang Apungan (1973-2009).
Sistem Bretton Woods telah berjalan dengan baik sehingga pada tahun 1971 apabila Amerika Syarikat mengalami defisit dalam imbangan pembayarannya akibat percetakan dolar yang berlebihan daripada rizab emas. Kemusnahan sistem tukaran tetap melambangkan manifestasi Amerika Syarikat mengekang defisit imbangan pembayarannya yang semakin besar. Ketidakseimbangan tuntutan bayaran dengan simpanan emas yang ada menyebabkan Amerika Syarikat mengalami kemerosotan besar dalam rizab emasnya, iaitu daripada sebanyak AS$18.0 bilion pada tahun 1960 menjadi sebanyak AS$11.0 bilion pada tahun 1970. Jumlah ini akan menjadi lebih besar sekiranya dimasukkan segala tuntutan jangka pendek yang perlu dilunaskan oleh Amerika Syarikat. Oleh yang demikian, tidak hairanlah apabila semakin banyak negara yang meragui bahawa nilai pariti emas dolar Amerika Syarikat seperti yang ditetapkan pada awal sistem Bretton Woods tidak dapat dipertahankan (Mohidin 1994). Pada 18 Disember 1971, negara-negara industri utama yang terdiri daripada kumpulan 10 iaitu Belgium, Kanada, Prancis, Jerman, Itali, Amerika Syarikat, Jepun, Belanda, Sweden dan United Kingdom (Chacholiades 1973) telah bersetuju membuat satu perjanjian yang dinamakan Perjanjian Smithsonian bagi meredakan sementara keadaan di pasaran tukaran asing. Melalui perjanjian tersebut, Amerika Syarikat bersetuju menurunkan nilai dolar dengan syarat Jerman, Jepun dan Prancis bersetuju untuk menaikkan nilai mata wang masing-masing. Amerika Syarikat bersetuju menaikkan nilai emas daripada AS$35 seauns kepada AS$38 seauns yang mana sama dengan penurunan dolar AS sebanyak 7.9%. Dengan perkembangan terakhir, dolar AS ternyata tidak berupaya menjadi mata wang rizab tunggal bagi seluruh dunia walaupun ia masih mengekalkan statusnya sebagai mata wang antarabangsa. Oleh itu, negara Eropah seperti Jerman, Itali dan Prancis telah memutuskan untuk mengapungkan mata wang masing-masing di pasaran tukaran mata wang asing (Mohidin 1994). Bulan Februari pada tahun 1973, penurunan nilai terpaksa dilakukan sekali lagi sebanyak 10%, tetapi keadaan tidak berubah dan akhirnya pada bulan Mac 1973, pasaran tukaran asing terpaksa ditutup untuk beberapa minggu apabila keadaan tidak dapat dikawal. Apabila ia dibuka kembali, kadar pertukaran dibenarkan terapung dan dengan sendirinya menamatkan sistem Bretton Woods. Semenjak runtuhnya Perjanjian Bretton Woods, sistem kewangan dunia telah digantikan dengan system mata wang apungan di mana nilai mata wang sesebuah negara, dinilai pada mata wang negara lain. Kaedah ini mengakibatkan ketidaktentuan turun naik nilai mata wang sekali gus memberi peluang kepada spekulator mata wang mengaut keuntungan atas kerugian negara lain. Richard Duncan (1994), dalam bukunya “The Dollar Crisis,” meramalkan kemungkinan satu krisis ekonomi yang mungkin lebih buruk daripada ‘Great Depression’ seandainya sistem kewangan sekarang diteruskan. Sistem kadar pertukaran terapung dengan rasminya dibenarkan oleh satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Jamaica pada tahun 1976 dan pada masa yang sama emas tidak lagi mempunyai nilai rasmi. Emas hanya dijual dan dibeli oleh bank pusat pada harga pasaran. Sistem kadar pertukaran terapung beroperasi apabila pihak berkuasa kewangan biasanya bank pusat sesebuah negara tidak dipertanggungjawabkan untuk memastikan nilai pertukaran berada dalam satu had atau lingkungan yang telah ditetapkan. Dengan kata lain, system kadar pertukaran ini sama ada naik atau turun berdasarkan faktor-faktor penawaran dan permintaan terhadap sesuatu mata wang dalam pasaran. Seperti juga barang komoditi, apabila sesuatu mata wang melebihi penawaran di pasaran wang antarabangsa maka nilai mata wang tersebut akan turun. Jadi, secara amnya sistem pertukaran terapung akan menjadi lebih mudah berubah daripada sistem kadar pertukaran tetap, disebabkan faktor permintaan dan penawaran mata wang yang tidak menentu dan tanpa campur tangan daripada pihak berkuasa kewangan (Wan Mansor 1983). Oleh itu, bermula tahun 1973 sehingga ke hari ini system kewangan dunia menggunakan sistem mata wang terapung. Mata wang tanpa sandaran akan mudah dispekulasi dan dimanipulasi oleh kuasakuasa besar seperti Amerika Syarikat.

Tugasan Kaedah Analisis Kualitatif


Kaedah Analisis Kualitatif
            Satu analisis telah dilakukan berdasarkan transkripsi temubual yang dijalankan bersama responden iaitu Puan Khatijah binti Ali. Analisis tersebut dikenali sebagai kaedah analisis kualitatif. Kaedah analisis kualitatif ini dilakukan adalah untuk menilai pengalaman yang dilalui oleh responden selain untuk mencari nilai ‘sense of belonging’ atau perasaan kesepunyaan daripada penceritaan responden.
            Analisis kualitatif ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu kod aksial dan kod terbuka. Kod aksial merupakan perkara yang penting disampaikan oleh responden. Hal ini dapat dikenalpasti melalui kekerapan yang diceritakan atau diulang-ulang. Kebiasaannya, elemen kod aksial ini merupakan sesuatu yang bermakna dan dapat mempengaruhi kehidupan responden. Manakala, kod terbuka merupakan perkara atau elemen yang deceritakan oleh responden, namun perkara itu tidak berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Kod ini diceritakan apabila responden tiba-tiba mengingati peristiwa tersebut.

Kod Aksial (Axial Code)

1)      Tempat (Sri Melati, Batu 6 dan Tanjung Batu, Nenasi)
2. Nak cerita pasal mula-mula menduduki  Sri Melati. Kami berasal daripada Tanjung Batu, Nenasi. 
9. Dalam keadaan yang begitu susah, suami pergi mencari, membeli makanan ke Batu 6 dengan basikal.
11. Sebab tak pernah mengalami, sebab tempat kampung kami di Tanjung Batu tak pernah mengalami banjir,  tepi laut.
12. Pada tahun lapan, tujuh puluh, tujuh puluh empat, kami mula-mula  menduduki Sri Melati, menduduki  tanah Sri Melati dengan menebas, menebang pokok-pokok dan membuat tapak pondok.
13. Hanya kami sahaja, berdua dengan jiran kami yang mula-mula menduduki  Sri Melati.
15. Tidak macam sekarang ni, ada telefon, nak berhubung tu begitu mudah. Kami duduk di Sri Melati ni mengalami macam- macam, macam-macam dugaan, macam malam-malam harimau dekat rumah, siang gajah, beruang.
26. Penderitaan yang telah kami tanggung semasa mula-mula menduduki  di Sri Melati.

2)      Rumah
4. Lepas tu, kami mencari rumah sewa, duduk rumah sewa.
5. Duduk rumah sewa lebih kurang satu tahun dua bulan.
6. Kami mencari tempat untuk membuat pondok tetap.
14. Lepas tu, jarak antara rumah kami dua buah tu begitu jauh, maknanya  kalau dapat apa-apa kesusahan ke, kami tak dapat nak berhubung.
17. Dan tidak kurang juga orang bunian yang selalu memanggil-manggil, memberi salam dan lalu-lalang di depan rumah  kami.
29. Kalau suami tak da di rumah, panggil jiran-jiran bunuh.

3)      Kesusahan
8. Pada tahun seribu sembilan, hujung tahun seribu sembilan ratus tujuh puluh, kami mengalami banjir yang amat teruk, dan kami kehabisan makanan.
9. Dalam keadaan yang begitu susah, suami pergi mencari, membeli makanan ke Batu 6 dengan basikal.
10. Itulah pertama kalinya,  saya mengalami banjir.
11. Sebab tak pernah mengalami, sebab tempat kampung kami di Tanjung Batu tak pernah mengalami banjir,  tepi laut.
16. Begitulah kesusahan yang kami hadapi duduk di sini.
26. Penderitaan yang telah kami tanggung semasa mula-mula menduduki  di Sri Melati.
61. Dengan kesusahan yang kami tanggung untuk anak-anak sekolah, terpaksalah kami meninggalkan anak kami di kampung dengan keluarga kami, dengan ibu bapa
65. Begitulah susahnya semasa kami mula-mula duduk di sini.
70. Dulu hanya basikal je lah yang kami gunakan setiap hari, untuk bekerja, untuk berbelanja, begitu juga untuk apa-apa kesusahan, balik kampung ke apa.

4)      Pengangkutan
9. Dalam keadaan yang begitu susah, suami pergi mencari, membeli makanan ke Batu 6 dengan basikal.
41. Dan kami nak gi ke Bandar, terpaksa berjalan kaki lebih kurang setengah kilometer untuk sampai ke jalan besar.
42. Semasa itu, tambang basnya hanya lima puluh sen bagi orang dewasa, tetapi sekarang, berapa?
44. Dan menunggu bas juga semasa itu sangat mudah, iaitu  sejam sekali.
45. Tetapi sekarang, dua jam setengah, tiga jam sekali bas ada.
48. Bila kami naik bas tu, orang memandang hala ke tempat kami naik, hala ke belakang.
49. Orang menganggap kami adalah Orang Asli, begitu juga bila kami turun bas.
58. Kalau nak dibandingkan dengan sekarang, anak-anak kami nak sekolah terpaksa mengayuh basikal sejauh, sejauh enam batu lebih kurang.
60. Bas tak ada untuk mengangkut budak-budak sekolah.
63. Dan kami juga pernah berjalan kaki untuk pergi ke kedai runcit sejauh dua batu mencari bekalan makanan yang kehabisan.
64. Kalau ada kematian atau pun kenduri kahwin, kalau kami nak pergi, terpaksalah kami bergohek(berkayuh) basikal sejauh empat atau pun lima batu, sebab kenaikan tak ada.
67. Kalau sakit ke, untuk pergi ke klinik, begitu juga, pergi dengan bas juga, naik basikal daripada rumah sampai ke jalan besar, tunggu bas.
68. Sebab dulu kenaikan, kereta-kereta tak ada, tak macam sekarang.
69. Semua orang ada kereta, semua orang ada motor.
70. Dulu hanya basikal je lah yang kami gunakan setiap hari, untuk bekerja, untuk berbelanja, begitu juga untuk apa-apa kesusahan, balik kampung ke apa.
71. Berpuluh-puluh batu gohek(kayuh) basikal.
76. Kalau ada apa-apa jemputan kenduri apa semua, terpaksalah kami pergi dengan bas.
77. Kadang berjalan dengan kaki berbatu-batu sebab bas tak sampai ke pedalaman.

5)      Aktiviti
12. Pada tahun lapan, tujuh puluh, tujuh puluh empat, kami mula-mula  menduduki Sri Melati,   menduduki  tanah Sri Melati dengan menebas, menebang pokok-pokok dan membuat tapak pondok.
31. Dan semasa itu, hidup kami suka  memancing ikan, ikan paya.
32. Siang-siang kami memancing ikan paya.
46. Kami berbelanja di  Bandar lah, beli apa-apa keperluan.
75. Kami tanam apa yang perlu, sayur-sayur apa semua, dapat pulangan.
78. Tentang anak-anak kami nak bermain, jangan ceritalah.
80. Tetapi kami membiarkan anak-anak kami bermain di mana-mana yang mereka suka.
83. Terpaksalah bermain dalam paya, dalam longkang untuk memenuhi aktiviti masing-masing.
84. Dan, kadang-kadang pergi memancing.

Kod Terbuka (Open Code)

1)      Bunian
17. Dan tidak kurang juga orang bunian yang selalu memanggil-manggil, memberi salam dan lalu-lalang di depan rumah  kami.
18. Tak nampak, tapi suaranya yang kami dengar, dia bercakap-cakap, dengan kita tak memahami bahasa yang dia bercakap tu, tapi dia bercakap, dan berjalan, batuk, dengar dia batuk.
19. Kami tidak berasa apa-apa, sebab kami dah biasa dengan keadaan macam tu.
20. Kadang-kadang semasa tinggal berseorangan, mendengar bunyi dia. 

      2)   Haiwan
15. Tidak macam sekarang ni, ada telefon, nak berhubung tu begitu mudah. Kami duduk di Sri Melati ni mengalami macam- macam, macam-macam dugaan, macam malam-malam harimau dekat rumah, siang gajah, beruang.
21. sawa pun terlalu banyak, kadang –kadang sampai sepuluh ekor sekali dia masuk reban  dia bunuh, bukan dia makan.
22. Dia khianat,kalau makan hanya seekor dua je, tapi dia bunuh.
23. Berkapar dia bunuh, tengok-tengok pagi, terduduk.
24. Tengok berkapar ayam mati

       3)  Perhubungan
14. Lepas tu, jarak antara rumah kami dua buah tu begitu jauh, maknanya  kalau dapat apa-apa kesusahan ke, kami tak dapat nak berhubung.
15. Tidak macam sekarang ni, ada telefon, nak berhubung tu begitu mudah. Kami duduk di Sri Melati ni mengalami macam- macam, macam-macam dugaan, macam malam-malam harimau dekat rumah, siang gajah, beruang.
81. Dulu tv  tak ada, semua kemudahan tak ada.


 Jadual 1 di bawah menunjukkan elemen kod aksial yang diceritakan oleh responden dan senarai nombor baris mengenai perkara yang diceritakan.
Bil.
Elemen Kod Aksial
No. Baris
1
Tempat
2, 9, 11, 12, 13, 15, 26
2
Rumah
4, 5, 6, 14, 17, 29
3
Kesusahan
8, 9, 10, 11, 16, 26, 61, 65, 70
4
Pengangkutan
9, 41, 42, 44, 45, 48, 49, 58, 60, 63, 64, 67, 68, 69, 70, 71, 76, 77
5
Aktiviti
12, 31, 32, 46, 75, 78, 80, 83, 84













Jadual 2 menunjukkan bilangan kekerapan bagi setiap elemen kod aksial yang diceritakan oleh responden.
Bil.
Elemen Kod Aksial
Jumlah Kekerapan
1
Tempat
7
2
Rumah
6
3
Kesusahan
9
4
Pengangkutan
18
5
Aktiviti
9


Secara konklusinya, perkara yang sering menjadi ingatan bagi responden adalah mengenai tempat , keadaan rumah, kesusahan yang dialami responden, pengangkutan yang digunakan responden, suami dan penduduk kampung pada waktu itu, dan aktiviti yang dilakukan responden serta keluarga beliau sepanjang tinggal di kampung tersebut. Oleh itu, dapat dikenal pasti mengenai perasaan kesepunyaan responden iaitu elemen-elemen kod aksial yang menjadi titik tolak kepada cara kehidupan responden.

Akibat terhilang ingatan :)

Ini lah dia, akibat terhilang ingatan sebentar. Elok2 bersiap siaga, cantik2, kemas2 kononnya nak p jalan2 ngan rummet kat PUSAN. Alang2 menyeluk pekasam, bior sampai ke pangkal lengan. Niatnye lagi  nak terus ke  PTSL, pastu singgah ATMA , rummet nak pulang buku.. tapi, tengah syok2 duk jalan kat CANSE , baru lah teringat ...  rupa-rupanya hari ni public holiday. Christmas. adoyaii. tu pun pasal ternampak pejabat pembangunan sumber manusia yang gelap gelita tak berpenghuni... tapi masih lagi nak cube nasib, kot2 ATMA buka kann, jadi jalan punya jalan, sama jgak akhirnya.. pon gelap gelita. seronoknya rasa hati. mengah berjalan. sampai di PUSAN, senyap sunyi jerkk. memang sah . off jugak.. alahaii, awat la time kami bersemangat waja bukan main, mesti tersalah hari. mengimbau kembali zaman 2,3,4 minggu yang lalu, bersemangat bukan main mendaki bukit bukau nak sampai PTSL, kat corridor tu memang ramai, tak pernah sunyi daripada kesibukan pelajar2 ukm mentelaah.. dah sampai depan pintu masuk aras 3, kami otomatik terpandang antara satu sama lain. CLOSED terpampang di pintu cermin. sangat kejam rase hati. jadi, kami terus menuruni tangga ke PUSAN, and terus pulang n kembali ke pangkal jalan iaitu room sweet room atau dalam bahasa melayu nya, bilik manis bilik.

the end :)

moral of the story ---> lain kali perlu duduk berfikir sejenak sebelum membuat sesuatu perkara. :)

dengan rummet. changlun mai. :)

Monday, December 10, 2012

Ohh Dalam Kedinginan Pagi

pagi ini, dapat ku rasakan kedinginan yang amat berlainan daripada hari-hari sebelumnya. yaa, kedinginan yang membawa aku memuhasabah diri. berdoa memohon keampunan dariMU atas segala kealpaan, kelekaan,dan kelalaian selama aku bernafas di atas muka bumi. tatkala aku jatuh, kau bangkitkan aku dengan semangat insan-insan yang berada di sekelilingku. Terima Kasih YA ALLAH.

“Ya Allah, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami serta memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang merugi.” (QS. Al-A'rôf 23)

Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul 'atiq (ka’bah)." (Sunan Ad-Darimi, Nasai dan Al-Hakim. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736)
Di sunnahkan membaca surat Al-Kahfi pada malam Jumaat atau pada hari Jumaatnya. Malam Jumaat dimulai sejak terbenam matahari hari Khamis sampai terbenam matahari hari Jumaat. 

“Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk.” (QS. Huud: 114)
Bertambah amal soleh, bertambah kebajikan, semakin dekat dengan Allah. Kalau sudah dekat dengan Sang Pemilik Dunia, apa yang tidak diberi ?

“Laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah (zikir), Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” (QS. Al-Ahzab: 35)

“Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui.” (QS. Al-Mu’minuun :114)


YA  ALLAH,
kau jauhkan lah aku dari melakukan  kemungkaran,
kau jauhkan aku dari lalai beibadat kepadaMU,
kau jauhkan lah aku dari godaan syaitan
YA ALLAH,
kau pelihara lah aku dalam setiap redhaMU dan rahmatMU..
aminn